Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan YBrs. Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim, mantan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Diterbitkan:  Jun 1, 2023 12:35 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

HULU KELANG, 1 JUN 2023 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim atas segala sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bermula 1 November 2021 sehingga 31 Mei 2023.

Dalam tempoh interim, Perbadanan telah memutuskan bahawa YBrs. Puan Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS menanggung kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuatkuasa 1 Jun 2023 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Perkara ini merupakan antara langkah penstrukturan semula FINAS yang akan melibatkan penjajaran semula atau recalibration ke atas dasar, program dan aktiviti industri kreatif, terutamanya industri perfileman. Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilkan filem-filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarbangsa yang tinggi.

FINAS mengucapkan selamat maju jaya kepada YBrs. Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak.


Sumber: UKK FINAS


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS