Lalamove Tingkatkan Usaha Untuk Memberi Peluang Menjana Pendapatan Lebih Dengan Huat-A-Driver Bonanza
Lalamove, sebuah platform penghantaran on-demand, berbangga untuk mempersembahkan Lalamove Huat A Driver Bonanza sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Peraduan menarik ini merupakan edisi ketiga dalam siri Driver Bonanza yang ditawarkan kepada individu dari Lembah Klang, Melaka, Johor dan Pulau Pinang yang berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu pikap 4x4, van atau lori.
Edisi kali ini menawarkan hadiah utama yang tidak boleh dilepaskan iaitu wang tunai bernilai sehingga RM12,000 kepada 12 pemenang.
Peraduan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu van, pacuan empat roda atau lori dan berjaya untuk melengkapkan jumlah pesanan tertinggi dari 8 Januari hingga 31 Januari 2024.
Menurut Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, peraduan ini hadir pada masa yang tepat buat individu yang berminat untuk menjana pendapatan lebih sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Individu yang berminat untuk jadi rakan pemandu Lalamove bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan dengan menghantar pesanan, malah berpeluang untuk memenangi wang tunai RM1,000 untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang lebih meriah” tambah beliau.
Pesanan-pesanan dalam platform Lalamove merangkumi pesanan harian individu ke pesanan dari perusahaan kecil dan sederhana sehingga ke pesanan daripada syarikat besar.
Ini bermakna Tahun Baru Cina merupakan masa terbaik untuk menjadi rakan pemandu Lalamove, kerana pesanan akan masuk dalam jumlah yang banyak, sekaligus memberi peluang kepada rakan pemandu untuk menjana pendapatan sampingan yang tinggi.
Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki Pikap 4x4, Van atau Lori dan lesen memandu yang sah dijemput untuk menyertai Lalamove sebagai rakan pemandu.
Selain daripada waktu kerja fleksibel dan peluang menjana pendapatan, Lalamove juga menawarkan pelbagai insentif dan ganjaran eksklusif dan insurans kemalangan peribadi percuma kepada rakan pemandu.
Untuk maklumat lanjut tentang Lalamove Huat A Driver Bonanza, sila layari laman https://www.lalamove.com/ms-my/driver/huat-a-bonanza.
Artikel ini disediakan oleh Lalamove
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/2aa06920170b5e3432ddfda2de09f37b.png)
