Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Selangor 1000 Digital Siri Kedua: Transformasi Digital Menyeluruh di Kawasan Luar Bandar
Diterbitkan:  Jul 4, 2024 9:28 AM
Dikemaskini: 1:36 AM

Sabak Bernam, 3 Julai 2024 – Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meneruskan Program Selangor 1000 Digital siri kedua bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam dari jam 9 pagi hingga 5 petang, semalam.

Loo Chuan Boon, Ketua Pegawai Operasi Sidec, menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Selangor 1000 Digital Siri Kedua yang berlansung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Selangor 1000 Digital merupakan program anjuran Sidec bersama EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor dan agensi-agensi utama negeri termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Platform Selangor (PLATS), dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Program ini telah dibangunkan dengan memberi tumpuan untuk memperkasakan pendigitalan usahawan dalam dan luar bandar menerusi penyediaan sumber, latihan, dan sokongan penting kepada 500 usahawan e-dagang dan 500 hos penstriman langsung di seluruh Selangor.

Program yang berlangsung di Sabak Bernam pada kali ini telah menyaksikan penyertaan 200 usahawan yang berpeluang mendalami aspek digital yang menyeluruh seperti logistik, e-dagang dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga didedahkan tentang teknik untuk mencipta kandungan digital dan melakukan penstriman langsung, serta cara untuk mengembangkan perniagaan daripada penceramah dari TikTok Shop, Touch N Go eWallet, Pos Malaysia dan ramai lagi.

Para peserta gembira menerima cenderamata Selangor 1000 Digital selepas tamat program.

“Sabak Bernam merupakan antara lokasi yang terpilih untuk program ini. Ia adalah salah satu pendekatan proaktif Kerajaan Negeri untuk membawa program ini ke kawasan luar bandar bagi memastikan usaha transformasi digital ini dapat dilaksanakan dengan secara menyeluruh,” kata YB Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.

Turut hadir bagi merasmikan program hari ini adalah Yang DiPertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Tuan Azman bin Dahlan yang menyatakan keyakinan terhadap program Selangor 1000 Digital yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat.

YBrs. Tuan Azman bin Dahlan, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Sabak Bernam, memberikan kata alu-aluan.

“Program Selangor 1000 Digital ini adalah satu inisiatif yang sangat bertepatan dengan keperluan semasa. Melalui program ini, usahawan tempatan akan didedahkan kepada teknologi dan penyelesaian digital yang boleh meningkatkan kecekapan perniagaan dan membuka peluang baharu dalam dunia e-dagang,” kata YDP Tuan Azman.

Program seterusnya akan diadakan di Cyberjaya pada 31 Julai 2024, dan para usahawan dijemput untuk ikuti semua perkembangan terkini program Selangor 1000 Digital di media sosial Sidec dan mendaftar melalui laman web rasmi Sidec.


Kandungan ini disediakan oleh Sidec.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS