mk-logo
Pengumuman
Sambutan Luar Biasa Program Young Creator Fellowship: 30 Peserta Terpilih!
Diterbitkan:  Jun 5, 2025 10:00 AM
Dikemaskini: 2:00 AM

Dengan kerjasama UNESCO dan sokongan Suruhanjaya Tinggi Australia Kuala Lumpur, Malaysiakini melancarkan program Young Creator Fellowship 2025 pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa belia menerusi program Youth Journalism Programme.

Young Creator Online Training yang akan diadakan pada 15 dan 29 Jun 2025 memberikan peluang kepada anak muda yang berbakat dalam bidang penceritaan, penciptaan kandungan, dan kewartawanan untuk menyertai program ini.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan lebih 120 penyertaan setakat ini, sekali gus menandakan minat yang tinggi dalam kalangan belia terhadap platform ini.

"Sambutan luar biasa dengan lebih 120 permohonan ini membuktikan bahawa anak muda Malaysia dahagakan perubahan.

"Mereka mahu menyampaikan cerita yang bermakna, menentang maklumat palsu, dan mencipta kandungan yang memberi impak sebenar,” kata pengarah program Young Creator Fellowship, Tham Seen Hau.

Berdasarkan ketajaman hujah dan kerelevanan penyertaan mereka, seramai 30 peserta terbaik telah dipilih untuk menyertai program ini. Mereka akan mengikuti sesi bimbingan intensif yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang literasi media, privasi data, penceritaan multimedia, kewartawanan dan pemikiran kritis.

Berikut ialah senarai 30 peserta yang terpilih:

Abqari Bin Annuar
Chew Yu Fei
Chong Pohyi
Daneyaa Ganesan
Duncan Cheng Kai Guan
Gareth Woo Yun Hao
Goh Cheng Hao
Irvina Joan Anak Jeffry Douglas
Jackson Yeoh
Katherine Sim Pei Shan
Leau Yang Yang
Liew Xin Tong
Mah Jun Hoong
Mohamed Nazri Bin Prem Nasir
Muhammad Hafiy Syazuan Bin Saad
Najwa Farhana Binti Yahya
Noor Ainun Jariah Binti Noor Harun
Nor Alya Khairina Binti Mustafa Anuar
Nur Hidayahtul Aisyah
Nurfatihah Irdina Binti Adlan
Nurilly Rania Binti Jusly
Poongkodi A/P Rabichandran
Siow Jia Yee
Telford Engan Tan
Thirumal S/O Jagat Hesveran
Thiviyaatharishienee A/P Kaliappan
Wan Taufik Hidayat Bin Wan Mokhter
Wong Zhe Huay
Yeoh Shi Yin
Zeti Zalikha

Latihan dalam talian ini direka secara interaktif, merangkumi kuiz dan tugasan yang memberi ruang kepada peserta untuk menyerlahkan kefahaman dan kreativiti mereka. Sepuluh peserta cemerlang akan dipilih untuk melangkah ke fasa kedua iaitu program Young Creator Fellowship.

Program Fellowship ini akan berlangsung dari 16 hingga 18 Julai 2025, dan kos sepanjang program akan ditanggung sepenuhnya. Sebelum itu, peserta akan melalui fasa bimbingan dari 1 hingga 15 Julai, dengan setiap peserta akan menghasilkan video berdurasi tiga minit mengupas topik berkepentingan awam.

Sepanjang program Fellowship, para peserta akan menjalani latihan praktikal dalam kewartawanan visual serta mengikuti lawatan ke bilik berita utama seperti Media Prima, RTM, Bernama, Astro, dan Malaysiakini. Program ini direka untuk memberi pengalaman sebenar serta pendedahan mendalam tentang dunia kewartawanan.

Sesi tayangan dan penjurian terbuka akan diadakan

pada hari terakhir program Fellowship pada 18 Julai, di Universiti Monash pada jam 9 pagi.

Sepuluh peserta akan membentangkan projek video mereka, dan panel hakim akan memilih pemenang. Hadiah keseluruhan bernilai RM17,000 akan diberikan.

Program Youth Journalism Programme, yang menyasarkan golongan muda Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun ini bertujuan untuk memperkukuh literasi media, membina kemahiran penceritaan bertanggungjawab, serta melahirkan generasi akan datang sebagai pempengaruh media dan pencipta kandungan.

Kami mengucapkan tahniah kepada para peserta yang terpilih dan menantikan peluang untuk melatih pencipta kandungan dan wartawan muda yang akan membentuk masa depan Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS