Memiliki perabot rumah yang estetik seperti di Pinterest sememangnya impian ramai. Namun, penampilan menarik sahaja tidak cukup, rumah yang selesa harus berfungsi dan sepadan dengan gaya hidup pemiliknya.
Kini trend pembelian perabot lebih mengutamakan fungsi produk yang praktikal. Dari sofa luas yang memuatkan seisi keluarga, perabot yang menjimatkan ruang, hinggalah tilam ergonomik yang menyokong tulang belakang — inilah ciri penting bagi mencipta rumah idaman.Goodnite HomeFest 2025 kini tiba untuk memudahkan pencarian perabot dan kelengkapan rumah yang sesuai. Tahukah anda? Festival ini sedang berlangsung di cawangan Goodnite Outlet dari 17 September hingga 31 Oktober 2025, menampilkan pelbagai produk—daripada tilam, sofa, meja makan, langsir, hingga kabinet—dengan diskaun hebat sempena ulang tahun ke-36. Jemputan terbuka kepada individu dan sekeluarga untuk menikmati tawaran menarik ini.
Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati promosi eksklusif, hadiah misteri, set bilik tidur lengkap dan banyak lagi. Goodnite HomeFest 2025 membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadikan rumah lebih praktikal, selesa, dan bernilai tanpa membebankan poket.
Berpeluang Memenangi Sebuah Motosikal!

Acara ini memberi peluang kepada pengunjung untuk membawa pulang salah satu daripada 32 buah motosikal yang ditawarkan. Dengan setiap pembelian RM5,000 ke atas, pelanggan berpeluang menjadi pemenang bertuah sambil menikmati promosi menarik yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi dan berprestij.
✨ Tawaran Hebat untuk Pengunjung:
Promosi istimewa untuk set perabot Bilik Tidur dan set Makan

Dapatkan RM100 “Move-In Incentive” dengan hanya memuat turun Goodnite App dan terima baucar RM100.
Ingin menaik taraf ruang dapur? Goodnite Outlet kini memberi promosi kabinet dapur terbina serendah RM480/perkaki.
Promosi Langsir Sliding Door Sheer (Gaya French Pleat) dengan trek 10 kaki hanya RM300 (RM30 sekaki). Termasuk lawatan tapak, kain sheer, trek, cangkuk dan pemasangan tanpa caj tersembunyi.

Berpeluang menjadi salah seorang daripada 20 pemenang bertuah dan menang Hadiah Misteri eksklusif hanya dengan berkongsi album promosi Goodnite HomeFest 2025 di Facebook sebelum peraduan berakhir pada 15 Oktober 2025, jam 11:59 malam. Pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2025.
Dapatkan Konsultasi Profesional Percuma*

Goodnite HomeFest 2025 turut menawarkan khidmat rundingan profesional daripada pereka dalaman secara percuma untuk pelanggan. Mereka juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan tambahan lakaran reka bentuk (drawing), kerja renovasi, padanan perabot, dan pemasangan.
(*cawangan terpilih sahaja)
Butiran Acara
🗓 17 September – 31 Oktober 2025
🕙 10:00 pagi – 8:00 malam (mengikut lokasi)
Lokasi Goodnite HomeFest 2025:
📍Lembah Klang: Balakong, Batu Caves, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Port Klang, Puchong, Puncak Alam, Rawang, Seri Kembangan, Sungai Buloh
📍Luar Lembah Klang: Melaka (Malim Jaya, Limbongan), Negeri Sembilan (Seremban), Johor (J.B. Mount Austin, Kempas Skudai, Kota Masai, Kulai, Muar), Kedah (Alor Setar, Sungai Petani), Pulau Pinang (Alma Bukit Mertajam, Butterworth, Tanjung Tokong), Perak (Jalan Gopeng Ipoh, Jalan Tambun I), Taiping, Parit Buntar, Pahang (Kuantan, Raub), Terengganu (Kuala Terengganu), Kelantan (Kota Bharu)
Tunggu apa lagi? Rebut peluang keemasan ini sekarang dengan singgah ke cawangan Goodnite Outlet berdekatan atau layari www.goodniteoutlet.com.my untuk melengkapkan gaya dan keselesaan rumah impian anda hari ini selagi stok masih ada!
#GoodniteHomeFest2025 #GoodniteOutlet
