Johor Specialist Hospital Laksana Pembedahan Jantung Invasif Minimum Pertama
Johor Specialist Hospital (“JSH”), di bawah KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), baru-baru ini telah berjaya melaksanakan pembedahan jantung invasif minimum (“MICS”) yang pertama, sekali gus memperluas kapasiti dan keupayaan klinikal pembedahan jantung berteknologi tinggi di wilayah Selatan menerusi KPJ Health System (“KPJHS”).
Dengan perkembangan ini, pesakit kini berpeluang mendapatkan prosedur pembedahan jantung invasif minimum terpilih lebih dekat dengan kediaman mereka. Pengenalan MICS di JSH mencerminkan pendekatan berstruktur dalam memperkasa keupayaan pembedahan khusus di seluruh rangkaian, tanpa menumpukan prosedur kompleks di satu lokasi sahaja.

Program ini dilaksanakan melalui persiapan klinikal secara berperingkat di bawah rangka KPJHS. Pakar bedah jantung bersama pasukan perioperatif JSH telah menjalani latihan pemerhatian serta penyelarasan aliran kerja di Damansara Specialist Hospital 2 (“DSH2”), yang telah membangunkan serta mengukuhkan perkhidmatan pembedahan jantung invasif minimum sebagai satu perkhidmatan khusus. Persiapan ini merangkumi konfigurasi dewan bedah, penyelarasan perkhidmatan perfusi, integrasi multidisiplin serta penilaian tahap kesiapsiagaan sebelum perkhidmatan dimulakan.
Prosedur pertama tersebut telah dilaksanakan secara kolaboratif oleh pasukan pembedahan jantung JSH yang diketuai oleh Dr Syed Adeeb dan Dr Wong Teck Fui, dengan sokongan bimbingan daripada pasukan DSH2 yang dipimpin oleh Prof Dr Shahrul Amry Hashim. Kerjasama ini mencerminkan penerapan model KPJ Health System, di mana bimbingan kepakaran dan penyelarasan standard klinikal menyokong pengembangan program secara selamat dan mengukuhkan kepakaran dalaman.
Pembedahan jantung invasif minimum membolehkan pesakit terpilih menjalani prosedur dengan insisi yang lebih kecil, mengurangkan trauma pembedahan serta potensi pemulihan yang lebih cepat berbanding pembedahan jantung terbuka konvensional. Pelaksanaannya di JSH mencerminkan peluasan keupayaan ini dalam kerangka yang terkawal serta dipandu oleh tadbir urus yang jelas.

Mengulas pencapaian tersebut, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Pengenalan pembedahan jantung invasif minimum di JSH menunjukkan bagaimana keupayaan khusus boleh diperluas secara terkawal dalam kerangka KPJHS. Melalui latihan berstruktur, penyelarasan standard klinikal serta kerjasama multidisiplin, kami dapat mempertingkat perkhidmatan rawatan jantung merentasi wilayah sambil memastikan keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit terus terpelihara. Berpandukan Care for Life, kami kekal fokus dalam membangunkan keupayaan klinikal yang mampan agar komuniti dapat menerima rawatan lebih dekat dengan tempat tinggal mereka.”
Prof. Dr Shahrul Amry Hashim, Perunding dan Pakar Bedah Kardiotorasik DSH2, berkata, “Pengembangan pembedahan jantung invasif minimum memerlukan persiapan yang teliti serta penyelarasan rapi antara pasukan. Bimbingan berstruktur memastikan disiplin dan standard klinikal yang sama terus dipatuhi seiring dengan pertumbuhan keupayaan dalam rangkaian.”
Dr. Syed Mohd Adeeb Syed Jalaludin, Perunding dan Pakar Bedah Kardiotorasik JSH, berkata, “Pencapaian ini mencerminkan kerjasama merentasi institusi dan disiplin. Pengenalan MICS memperkukuh perkhidmatan kardiak bersepadu di JSH serta meningkatkan akses kepada pembedahan jantung kompleks yang lebih dekat dengan kediaman pesakit.”
Pusat Kecemerlangan Jantung dan Paru-paru di JSH yang dilancarkan pada Disember 2025 menyokong piawaian amalan klinikal, pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang konsisten dibawah KPJHS. Pengenalan MICS merupakan sebahagian daripada pembangunan yang lebih luas justeru menyumbang kepada usaha berterusan KPJ Healthcare untuk mengukuhkan perkhidmatan jantung dan paru-paru khusus di seluruh hospitalnya.

Pusat Kecemerlangan Jantung dan Paru-paru di JSH yang dilancarkan pada Disember 2025, menyokong pelaksanaan standard amalan klinikal, pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang konsisten di bawah KPJHS. Pengenalan MICS merupakan sebahagian daripada pembangunan yang lebih menyeluruh, sekali gus menyumbang kepada usaha berterusan KPJ Healthcare untuk mempertingkat perkhidmatan jantung dan paru-paru khusus di seluruh rangkaian hospitalnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai JSH, layari https://www.kpjhealth.com.my/johor.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/03/98b189ce23f19e3ebb49cd2a861a5928.jpg)
