FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi jenama SAJI telah bertapak lebih daripada 25 tahun sebagai jenama pilihan isi rumah Malaysia. Dikenali dengan minyak masak berasaskan sawit berkualiti tinggi, SAJI kini berkembang sebagai jenama kulinari yang menawarkan pelbagai produk keperluan dapur termasuk marjerin, krimer, mi segera serta aneka bahan masakan seperti sos, kicap dan pes.
FGV sebagai syarikat pengeluar makanan komited memenuhi permintaan yang semakin meningkat melalui pelbagai jenama makanan pengguna syarikat seperti SAJI, SERI PELANGI, ADELA, PREMEO dan GULA PRAI.
Bersempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, kempen “Menyala Lagi Raya” diperkenalkan sebagai satu inisiatif yang meraikan semangat kebersamaan, tradisi serta kegembiraan menyambut Syawal bersama keluarga dan insan tersayang.

“Setiap tahun, Karya Hari Raya SAJI diterbitkan dalam bentuk filem pendek, sama ada berkonsepkan komedi atau muzik video, yang bukan sekadar hiburan, malah refleksi nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang menjadi inti pati sambutan Aidilfitri,” kata Aznur ketika berucap pada majlis pelancaran video muzik tersebut, yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Muzik video Raya SAJI “Menyala Lagi Raya” boleh ditonton di semua platform media sosial rasmi SAJI (@sajimalaysia), iaitu TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.
“Majlis malam ini meneguhkan komitmen SAJI terhadap kempen ‘Setitis Minyak, Sejuta Senyuman’ yang bermula pada tahun 2024, di mana kami sedar bahawa setiap titisan minyak bukan sahaja menyempurnakan hidangan keluarga, tetapi juga menyokong peneroka FELDA dan pekebun kecil yang menjadi tulang belakang industri sawit negara,” katanya.

Bagi memeriahkan lagi sambutan tahun ini, kempen tersebut turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pengenalan maskot rasmi SAJI, ‘Kak Ji’, yang tampil sebagai ikon kulinari rakyat Malaysia.
Dalam majlis yang sama, SAJI turut memperkenalkan dua produk terbaharu iaitu Tepung Goreng Rangup dan Serbuk Pelengkap Rasa, sekali gus memperluaskan pilihan bahan masakan bagi memenuhi cita rasa pengguna.
SAJI membantu komuniti melalui program CSR “SAJI Seikhlas Hati”
SAJI bersama rakan strategiknya turut mengambil peluang menyantuni serta berkongsi rezeki dengan komuniti yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “SAJI Seikhlas Hati”, di bawah lembayung program “Kumpulan FGV Seikhlas Hati” di peringkat Kumpulan FGV.
Pada tahun ini, sumbangan berjumlah RM34,100 telah disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah, Kuala Lumpur serta Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Sungai Pinang, Klang. Sumbangan tersebut merangkumi duit raya kepada 154 penghuni, produk makanan serta bantuan kewangan bagi menyokong keperluan harian mereka.
Selain itu, SAJI bersama rakan strategik turut bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dan membantu membersihkan kawasan rumah kebajikan terbabit. Sebanyak 3,500 bekas bubur lambuk turut diagihkan kepada orang ramai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur melalui perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off.
SAJI juga menghasilkan 15 video resipi eksklusif bersama chef-chef dari Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Resipi-resipi istimewa tersebut boleh ditonton di platform media sosial SAJI Malaysia dan Seri Pacific Official.
Peraduan Beli & Menang Tawar Hadiah Bernilai Hingga RM50,000

Kempen turut menganjurkan Peraduan SAJI Beli & Menang, yang menawarkan hadiah bernilai hingga RM50,000, termasuk hadiah utama berupa pakej umrah serta pakej percutian tajaan Felda Travel.
Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli produk SAJI, SERI PELANGI, PREMEO, ADELA atau GULA PRAI bernilai RM25 ke atas dalam satu resit dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp.
Selain itu, aktiviti pensampelan produk turut dijalankan di pasar raya terpilih seluruh negara bagi memberikan peluang kepada pengguna merasai sendiri kualiti masakan menggunakan produk keluaran SAJI.
Melalui kempen SAJI Menyala Lagi Raya, FGV terus komited untuk memperkukuh portfolio produk pengguna serta memperkenalkan inovasi bagi memenuhi citarasa dan keperluan rakyat Malaysia.
