50 tahun selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1971, pegangan ekuiti atau saham oleh golongan bumiputera masih lagi di bawah paras 30%. Ini bermakna dasar tersebut gagal mencapai matlamatnya.   

Pandemik, bencana alam dan konflik berterusan 

Ketika dunia masih dalam fasa pemulihan akibat pandemik COVID-19 termasuk Malaysia yang turut dilanda bencana banjir kebelakangan ini, dunia dikejutkan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. 

Gangguan pengangkutan laut, darat dan udara akibat perang dan sekatan ekonomi terhadap Rusia yang merupakan salah satu pengeluar utama minyak dan gas menggempakkan lagi riak inflasi ke serata dunia. 

Selain itu, Rusia dan Ukraine adalah pengeluar utama bahan mentah seperti besi, neon, platinum dan paladium untuk industri semikonduktor. Kedua-dua negara tersebut juga merupakan pengeluar utama pelbagai produk pertanian.

Tempias kenaikan kos pengangkutan dan bahan mentah

Dengan harga minyak mentah dunia melepasi harga AS$100 setong, kenaikan kos pengangkutan memang tidak dapat dielakkan. Ini ditambah lagi dengan kenaikan kos bahan mentah. Kesemua ini merancakkan lagi kesan domino rantaian bekalan sedunia terhadap pelbagai industri. Bahang inflasi semakin dirasai dan akhirnya terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Inflasi melonjak dan nilai wang menyusut

Serangan inflasi bermaksud penyusutan nilai wang dan kenaikan kos sara hidup, dan bagi mereka yang tertekan, mereka terpaksa pinjam duit sana sini bagi meneruskan kelangsungan hidup. 

Lebih menyedihkan, ramai antara kita yang masih terperangkap dengan masalah kewangan. 

Selain hutang melambak, ketiadaan aset mudah cair turut menghantui hari tua kita.

Selagi konflik Rusia-Ukraine berterusan, selagi itulah anda diancam ketidaktentuan ekonomi termasuk kelancaran pasaran saham yang tergugat, yang akhirnya akan menjejaskan kesinambungan kewangan anda.  

Sejauh manakah persediaan kewangan anda?

Persoalan yang timbul di sini ialah:

  • Tahukah anda bahawa inflasi akan mengiringi anda sepanjang umur?

  • Sudahkah anda bersedia menghadapi ketidaktentuan pasaran? 

  • Bagi anda yang terjejas, apakah perancangan pemulihan kewangan anda? 

  • Bagaimanakah anda melindungi kewangan anda? 

  • Bagaimanakah anda mempelbagaikan pelaburan anda?

  • Tahukah anda bahawa anda tetap boleh membina kekayaan ketika krisis? 

  • Adakah anda mempunyai tabiat melabur?

  • Adakah anda berkali-kali mengalami kerugian melabur saham?

  • Tahukah anda bahawa pelaburan saham dapat membendung inflasi sambil menambah rezeki?

  • Tahukah anda bahawa pelaburan saham adalah sah (bukan skim cepat kaya)?

  • Tahukah anda bahawa wujudnya saham patuh syariah (boleh rujuk kepada senarai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)?

Lindungi wang anda daripada inflasi

Jika anda membuat penelitian selanjutnya, pelaburan saham sebenarnya membolehkan anda ‘memiliki perniagaan’ tanpa menyewa premis dan menyimpan stok fizikal. Sama ada untuk pendapatan jangka pendek atau panjang, teknologi era digital membolehkan pegangan saham anda dicairkan dengan hanya menekan butang Beli dan Jual di telefon pintar anda. 

Ini bermakna halangan untuk memasuki pasaran saham cukup rendah. Ia sebenarnya mudah. Malah anda boleh mula melabur saham walaupun dengan modal serendah RM100. 

Timba ilmu asas pelaburan saham 

Namun memang tidak dapat dinafikan, anda masih perlu menyediakan modal (tunai) dan yang paling penting – ilmu asas yang praktikal untuk melabur saham. Ini adalah kerana, samalah seperti apa-apa perniagaan yang lain, pelaburan saham turut melibatkan risiko. Kalau anda tiada ilmu, risikonya lagi tinggi! 

Jadi, kenalah belajar perkara asas dan kukuhkan ilmu pelaburan saham dahulu. Ini termasuk mendalami dinamik pasaran saham dan mengamalkan kaedah yang betul untuk mengungguli pelaburan saham. Saham mempunyai kuasa pengkompaunan jangka panjang untuk menggandakan aset (kekayaan) anda – sambil melindungi nilai wang anda terhadap inflasi.

Seminar Labur Saham Syariah ONLINE PERCUMA

Institut pendidikan kewangan terkemuka – VI College – menawarkan Seminar Labur Saham Syariah ONLINE PERCUMA untuk membina dan memelihara kebebasan kewangan anda, lebih-lebih lagi ketika kita sedang menghadapi krisis yang mencabar.

Kepakaran VI College berprinsipkan strategi Pelaburan Nilai (Value Investing) yang terbukti dan diperakui oleh pelajar-pelajar mereka. Ia bertujuan merealisasikan pendapatan pasif dan pertumbuhan modal secara selamat dan konsisten dengan menerapkan ilmu pelaburan yang betul untuk membina portfolio ekuiti (saham) sebagai aset yang menjana pendapatan masa depan. 

Peluang melabur dalam krisis 

Peluang pelaburan di sebalik setiap krisis sememangnya wujud di depan mata anda termasuk ketika kejatuhan pasaran saham. Kemahiran melakukan kajian syarikat dan memilih saham berkualiti dan menghidu peluang ‘memborong’ saham pada harga yang rendah adalah antara faktor penting yang berpotensi meningkatkan pulangan pelaburan anda. 

Dengan berbekalkan pengetahuan pelaburan di hujung jari, serta minda, kemahiran, prinsip kewangan dan pendekatan praktikal yang terbukti, anda akan lebih bersedia menghadapi situasi pasaran yang berlainan.  

Apa yang akan anda pelajari?

Dengan menyertai Seminar Labur Saham Syariah ONLINE PERCUMA, anda berpeluang mendalami ilmu saham seperti:

  • Memanfaatkan strategi Pelaburan Nilai (Value Investing) untuk membina kekayaan ekuiti (saham) sebagai aset cair yang boleh ditukar kepada wang tunai bila-bila masa; 

  • Perkara Yang Patut Dilakukan (Do’s) dan Tidak Patut Dilakukan (Don’ts);

  • Formula rahsia tersendiri menilai kesesuaian melabur dalam syarikat tertentu dalam masa kurang daripada sepuluh minit; 

  • Sistem ‘Langkah Demi Langkah’ dalam pengurangan risiko sebelum anda melabur dalam pasaran saham;

  • ​Penelitian dan kajian kes terhadap syarikat patuh syariah. 

Helmy Kasim, Ketua Pelaburan Syariah dan pendidik kewangan VI College

Pasukan yang mantap

Selain Malaysia, VI College telah jelajah ke lebih 20 bandar asing termasuk Singapura, Taiwan, Thailand, Myanmar, India, Vietnam dan Dubai – melalui seminar dan ‘bootcamp’ yang direka khas untuk memperkukuhkan ilmu pelaburan saham.  

Pasukan VI College diperkasakan oleh golongan profesional berkaliber seperti penceramah pengurusan kewangan, jurulatih kewangan, perancang kewangan berdaftar syariah, pelabur dengan pengalaman praktikal, dan mereka yang layak untuk melatih pelabur serta individu dengan latar belakang korporat.

Lebih 55,000 orang di seluruh dunia telah dipimpin oleh anggota pasukan VI College yang profesional dan bersemangat dalam usaha memperkukuhkan aset ekuiti mereka. 

Daftar sekarang

Anda boleh sertai Seminar Labur Saham Syariah ONLINE PERCUMA dengan mendaftar menerusi pautan ini: https://8vi.link/mk-slss