Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Raikan Lebaran Raya dengan Selamat Lagi Sihat!
Diterbitkan:  Apr 5, 2022 4:30 PM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:24 AM

Dengan sambutan Hari Raya yang semakin hampir, sudah tiba masanya untuk mengubah suai rumah anda supaya ceria dan meriah!

Hari Raya adalah saat yang indah untuk menjemput ahli keluarga dan sanak saudara ke rumah terbuka. Jadi, pastikan cat dinding anda cukup menarik dan menyerlah! Ambil peluang ini untuk mengubahsuai dan mengecat permukaan dinding untuk memastikan sambutan perayaan yang lebih selamat untuk keluarga tersayang.

Memandangkan peningkatan ke Covid-19 dan kadar jangkitan yang kian melonjak, penjagaan kebersihan di persekitaraan kita perlu diutamakan dalam kehidupan seharian. Salah satu penyelesaian yang proaktif dan berkesan adalah dengan menjaga kebersihan ruang terbesar di ruang dalaman iaitu dinding. Mungkin kita tidak sedar, tetapi kita kerap menyentuh dinding semasa aktiviti harian, menjadikan dinding sebagai tempat penyebaran utama virus dan bakteria.

Ekoran pandemik yang melanda 2 tahun yang lepas, masing-masing tak sabar nak beraya di kampung halaman atau mengadakan rumah terbuka. Oleh itu, tahun ini bukan sahaja anda perlu memberi ruang dengan suasana baharu, dengan mengecat tetapi juga menawarkan perlindungan daripada virus dan bakteria berbahaya kepada tetamu yang mengunjung.

Utamakan Kesihatan dan Kesejahteraan untuk Sambutan Raya yang Selamat!

Kebanyakan kita mengabaikan dinding dalam rutin harian kita untuk menjaga kebersihan ruang rumah, tempat kerja dan sebagainya.

Memperkenalkan Rangkaian Anti-Viral dan Anti-Bakteria dari Nippon Paint - Ubahsuai Dinding biasa supaya dinding selamat

Rangkaian Anti-Virus dan Anti-Bakteria dari Nippon Paint dicipta khusus bagi memastikan dinding kita dilindungi dan selamat untuk disentuh. la diformulasikan dengan Teknologi lon Perak yang terbukti secara saintifik menyekat 99.9% virus dan bakteria berbahaya termasuk COVID-19 (SARS-COV-2) pada permukaan yang dicat. Pemilihan cat ini, menawarkan ciri-ciri anti-virus dan anti-bakteria serta melindungi kesihatan keluarga dan rakan-rakan anda semasa musim perayaan dan juga untuk masa hadapan.

Teknologi Ion Perak menghalang penyebaran virus dan bakteria melalui tiga langkah iaitu, menyahaktifkan virus dan bakteria, menghentikan keupayaannya untuk membiak serta menghalang kemandiriannya, dan akhirnya menghapuskan virus dan bakteria.



Rangkaian cat Anti-Viral dan Anti-Bakteria dari Nippon Paint mempunyai pelbagai warna yang amat menarik. Serlahkan warna dinding rumah anda dengan palet warna edisi Raya hari ini dengan mengunjung koleksi Trend Beyond Colours edisi Raya untuk ruang dalaman anda di SINI!

Untuk maklumat lanjut mengenai Rangkaian Anti-Viral dan Anti-Bakteria Nippon Paint, anda boleh layari di laman web ini atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1800-88-2663.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS