Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Tingkatkan mutu hidup anda di kediaman resort baru anda di Helix2 @ Bandar Petaling Jaya Selatan
Diterbitkan:  Aug 11, 2022 10:22 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Bersantai di bawah sinar matahari atau berenang di kolam renang Helix2

Bagi sesiapa yang masih mencari kediaman impian, anda pastinya berada di lokasi yang betul! Selami penginapan gaya hidup resort yang bergaya dengan pelbagai kemudahan dan pemandangan latar langit yang menakjubkan di Helix2 @ Daerah Perniagaan Bandar Petaling Jaya Selatan  

Diinspirasikan oleh hotel resort premium dengan reka bentuk dan kemudahan inovatif, Helix2 adalah pembangunan kediaman yang mempunyai 33 tingkat dan 500 unit. Ia juga terletak di lokasi strategik di Bandar Petaling Jaya Selatan.

Nikmati kemudahan eksklusif di Helix2

Fasad Helix2

Helix2 mempunyai julat binaan antara 572 kaki persegi (2 Bilik) – 1,065 kaki persegi (3+1 Bilik) dengan harga dari RM550 - RM600 kaki persegi (harganya bermula dari RM346k).

Penghuni akan menerima dua hingga tiga tempat letak kereta yang bersebelahan, bergantung kepada unit yang dipilih. Malah unit yang terkecil juga akan menerima dua tempat letak kereta. Kini anda tidak perlu lagi risau untuk mencari tempat letak kereta!

Rehat dan bersantai selepas hari yang panjang

Pembangunan lestari ini pasti akan melengkapkan pelbagai fungsi harian anda. Beralih antara lokasi untuk berehat, bekerja dan mengisi masa lapang, Helix2 akan menyediakan penghuni dengan kedua-dua persekitaran yang kondusif dan aman.

EUPE dijangka menyiapkan Helix2 dalam masa 36 bulan, ini akan membolehkan pemilik rumah berpindah ke rumah baharu atau menyewanya pada tahun 2025 - lebih awal daripada pembangunan lain.

Dengan rekod prestasi EUPE dalam menyampaikan projek pembangunan seperti yang dijanjikan, pelanggan boleh yakin bahawa struktur pembangunan sebenar akan menyerupai tanggapan artis - ini adalah prinsip EUPE dalam menyampaikan amanah kepada pelanggannya

Perkembangan luar biasa EUPE

Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pasaran hartanah, EUPE adalah sebuah pemaju yang mempunyai rekod prestasi dalam pembangunan perbandaran. Antaranya adalah bangunan kediaman kontemporari di Lembah Klang seperti Novum di Bangsar Selatan, Parc3 di PJ Selatan dan Est8 di Seputeh. Pendekatan tersendiri mereka terhadap pembangunan hartanah adalah untuk menyediakan reka bentuk, kemudahan dan ciri yang baik.

Apakah keunikan bangunan Helix2?

“Spiral staircase” dan “Cascading Waterfall”

Serupa dengan namanya, fasad bangunan dan bumbung Helix2 akan menampilkan reka bentuk seperti untaian DNA — merupakan satu-satunya ciri artistik yang unik di Helix2.

Selain itu, bangunan ini akan mempunyai "Spiral Staircase" di lobi. Ia direka bentuk seperti untaian lingkaran yang akan membawa anda ke kanopi kaca, menyerupai alam semula jadi. Rekaan "Spiral Staircase" ini pasti memberi pengalaman ketibaan yang dapat membawa kenangan. Selaras dengan inspirasi semula jadi, Helix2 menawarkan landskap indah yang pasti akan membawa anda jauh daripada suasana hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan

Pemandangan kawasan kemudahan dari atas ke bawah

Selalunya tarikan utama di kebanyakan resort adalah pasti kemudahanya! Di Helix2, anda akan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang akan disediakan di Tingkat Bawah, Aras 1, Aras 2 dan Sky Garden untuk melengkapkan gaya hidup seharian.

Di tingkat bawah, terdapat kemudahan seperti kolam renang, geladak kolam, kolam handuk, jakuzi, gelanggang permainan, sauna, kawasan rekreasi, taman linear, taman permainan, dan banyak lagi.

Anjuran rumah terbuka kini bukan lagi untuk rumah bertanah sahaja, kerana Helix2 meraikan budaya dan kehidupan berkomuniti bersama anda. Penghuni boleh mengadakan sambutan hari jadi, kenduri, sesi muzik secara langsung, perkahwinan dan sesi bersama keluarga dan rakan-rakan di kawasan 'Kenduri Alfresco' Helix2 - ruang taman yang luas dan fleksibel dengan kemudahan BBQ, sesuai untuk meraikan sambutan yang besar.

‘Kenduri Alfresco’ and ruang BBQ

Turut disediakan adalah kemudahan seperti gimnasium, Dapur “Gourmet” untuk menjamu selera dan anjuran acara, dewan serbaguna, lobi pra-fungsi yang membolehkan tetamu bergaul, buaian, taman kecergasan, taman Tai Chi, laluan refleksologi dan pelbagai kemudahan lain untuk keselesaan - sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Dapur “Gourmet” dan Dewan Serbaguna untuk penghuni menjamu selera

Kawasan tempat letak kereta akan terletak bersebelahan pembangunan kediaman, supaya ia dapat memberi lebih privasi kepada para penghuni.

Lobi utama

Diinspirasikan oleh tumbuhan hijau di Hotel St. Regis di Langkawi, pokok pakis yang digantung akan memberi visual yang aman dan menyerlah di lobi utama.

Kemudahan bandar yang luas dalam jangkauan

Helix2 dikelilingi oleh pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti institusi perubatan, sekolah, universiti, pusat membeli-belah, hab rekreasi, kelab golf dan pengangkutan awam. Ia juga berdekatan dengan kawasan kejiranan yang besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bandar Sunway, Puchong dan Subang Jaya.

Terdapat institusi pendidikan seperti SMK Taman Medan dan SMK Taman Dato Harun yang terletak dalam perbandaran yang sama. Anda juga boleh menuju ke Bandar Sunway yang terletak dalam lingkungan 3KM untuk mendapatkan pelbagai barangan runcit.

Selain itu, terdapat juga pusat perubatan seperti Pusat Perubatan Sunway, Pusat Perubatan Subang Jaya, Hospital Assunta dan Pusat Perubatan Universiti Malaya berdekatan, manakala tarikan rekreasi yang terletak berdekatan adalah Sunway Pyramid, Subang Parade, Sunway Lagoon, Kelab Golf Negara Subang dan banyak lagi.

Helix2 terletak hanya 1.5KM dari Stesen KTM Seri Setia dan 300M dari Hentian Bas PJCC. Penghuni boleh mengakses lebuh raya utama seperti Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah yang menawarkan pengalaman penginapan gaya resort, keselesaan dan ketenangan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Helix2 atau hubungi 017-2757188. Rumah berinspirasikan resort peranginan menanti untuk anda!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS