Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka yang ke-65, AmBank dengan sukacitnya menawarkan 65 Penyertaan Tambahan untuk tambahan deposit sebanyak RM650, atau 650 Penyertaan Tambahan yang akan diberikan satu kali untuk deposit sekali gus sebanyak RM6,500 di dalam Baki Purata Bulanan pelanggan Akaun Simpanan-i AmWafeeq. Rangsangan Khas Merdeka AmRewards ini adalah sah dari 1 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Bank untuk menggalakkan pelanggan mengamalkan perancangan kewangan secara berhemat dengan memupuk tabiat menyimpan, dan pada masa yang sama merebut peluang memenangi hadiah menarik.
Rangsangan Khas Merdeka AmRewards ini merupakan sebahagian daripada Kempen AmRewards 2.0 AmBank Islamic yang menawarkan hadiah dan ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM1.69 juta. Di antara hadiah lumayan yang disenaraikan di dalam Kempen yang akan berlangsung sehingga 28 Februari 2023 adalah sebuah kereta Porsche Macan, sebuah kereta BMW 3 Siri dan jam tangan mewah keluaran Switzerland. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan baharu AmBank yang mempunyai Akaun Simpanan-i AmWafeeq.
Maklumat lanjut serta terma dan syarat penuh boleh didapati melalui ambank.com.my/arc2.
