Sertailah Kempen Derma Darah McDonald’s yang berlangsung dari sekarang hingga 16 September ini!
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menderma darah di 29 cawangan McD terpilih di seluruh Malaysia. Ini secara langsung memberi akses yang lebih mudah untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk menderma darah.
Bertemakan ‘Darah Menyatukan Kita’, aktiviti kempen derma darah yang dijalankan di McD itu telah diadakan sejak tahun 2017 lagi.
McD sentiasa menyokong inisiatif kerajaan yang melibatkan pendermaan darah. Inisiatif derma darah yang diadakan setiap tahun di bawah Program Komuniti @ McD & RMHC, memberi tumpuan ke arah mewujudkan impak positif dalam masyarakat dan menyumbang kembali kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi McDonald's.

“Pacuan Derma Darah McDonald’s merupakan satu nilai teras program CSR kami dan dilihat sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan jumlah bekalan darah sekaligus menyelamatkan tiga nyawa bagi setiap pek yang didermakan. Mari kita beramai-ramai menyokong inisiatif mulia yang dilaksanakan ini,” kata Shamsidar Yahya.
Muhammad Hassan Dinnie, 29, berkata peluang penganjuran derma darah itu diambil untuk memberi sedikit jasa lebih-lebih lagi sempena Hari Kemerdekaan. Dengan menderma darah sebegini, rakyat Malaysia dapat jalankan tanggungjawab di luar kebiasaan dan dapat memberi manfaat kepada ramai yang memerlukan.

Benji Ong, 62, berkata bahawa semua kumpulan masyarakat patut membantu dengan menderma darah. Ini bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa pesakit tetapi secara tidak langsung meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.

Menurut Natasha binti Abdul Aziz yang merupakan seorang pelajar, beliau telah mendapat maklumat tentang program menderma darah ini melalui aplikasi McDonald’s. Kempen-kempenseperti ini akan dapat memudahkan rakyat datang untuk menderma kerana mereka tidak perlu pergi jauh untuk menderma darah.
Apakah syarat yang perlu anda tepati jika ingin menderma darah?
Sebelum anda mengunjungi ke Pusat Derma Darah yang dibuka, terdapat beberapa syarat yang perlu anda ketahui:

Sihat tubuh badan
Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma. Dan berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
Berat badan 45kg ke atas.
Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
Tiada masalah kesihatan
Pendermaan terakhir adalah 3 bulan sebelum
Membawa dokumen pengenalan diri (IC/Passport)

Selain itu, pastikan anda telah makan dan minum sebelum menderma darah serta mendapat tidur yang cukup iaitu sekurang-kurang 5 jam sehari.
