Belia main peranan sebagai MP untuk membincangkan penguatkuasaan RUU pembiayaan politik di Malaysia
Beberapa kes mahkamah berprofil tinggi yang dikaitkan dengan "derma politik" telah menimbulkan gesaan oleh masyarakat sivil untuk undang-undang mengenai pembiayaan politik. Derma politik ialah sumbangan dana kepada aktiviti politik, parti politik atau calon. Pada masa ini, tiada undang-undang di Malaysia yang mengawal dan memantau dana politik, hanya selain had perbelanjaan kempen oleh calon. Kekurangan undang-undang dan peraturan dalam pembiayaan politik telah menyebabkan amalan rasuah tidak dapat dikawal.
Pindaan undang-undang pembiayaan politik itu telah dirancang untuk dibentangkan dalam persidangan parlimen pada penggal Oktober hingga November, tetapi disebabkan pengumuman pembubaran Parlimen baru-baru ini, hal ini masih belum dibincangkan dalam sidang parlimen.
Sesi ke-4 Debaton Parlimen Belia Malaysiakini akan diadakan menerusi platform Zoom pada 29 Oktober 2022, dengan topik usul "Pindaan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik di Malaysia" dengan melibatkan belia berumur antara 16 - 25 tahun untuk memainkan peranan sebagai ahli parlimen untuk membincangkan isu berkaitan ini serta memberi cadangan untuk penambahbaikan RUU pembiayaan politik semasa yang boleh dibawa sebagai pedoman kepada ahli parlimen baharu untuk persidangan parlimen pada penggal yang akan datang.
Acara ini juga bertujuan untuk menandakan bahawa golongan belia mampu mengetuai perbincangan yang menyeluruh mengenai topik yang serius termasuk topik melibatkan RUU pembiayaan politik. Belia pada hari ini adalah celik politik dan bersedia untuk menjadi sebahagian daripada proses pembuatan keputusan bersama penggubal undang-undang seperti ahli parlimen.
Bukan itu sahaja, penonton boleh mengundi untuk usul yang mereka setujui, melalui platform pengundian yang disediakan. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa kita mengamalkan sistem demokrasi di mana keputusan yang dibuat bukan sahaja melalui penggubal dasar tetapi juga rakyat!
Daftar SEKARANG untuk menonton episod Debaton Parlimen Belia 2022 ini. Anda juga boleh mengemukakan soalan atau cadangan yang ingin anda ajukan atau cadangkan kepada pembahas pada hari tersebut. Tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran.
Kami amat teruja untuk bersama dengan anda pada 29 Oktober di Zoom atau SECARA LANGSUNG di laman Facebook Malaysiakini dan KiniTV.
Jika ini kali pertama anda mengetahui tentang Debaton Parlimen Belia 2022, anda boleh menonton episod topik usul kami yang pertama di sini.
Sila layari laman web Debathon Parlimen 2022 untuk maklumat lanjut dan e-mel kami di enquiry@kini.events.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/80e258841a44388e7b46f1b835b2679e.jpg)
