Selain menggunakan kalkulator pada telefon pintar anda, pernahkah anda menggunakan aplikasi mudah alih untuk membandingkan harga sewaktu membeli belah?
Dengan Price Catcher, kini anda mampu membandingkan dan mendapatkan harga yang berpatutan untuk barang-barang asas semasa membeli belah di kedai runcit atau pasaraya dengan efisien.
Setakat hari ini terdapat lebih 480 barangan keperluan asas termasuk barang basah dan barang kering yang dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).
Inisiatif tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah untuk membantu pengguna untuk membandingkan serta menyemak dahulu harga sebelum membuat keputusan untuk membeli barang.

Siapakah yang membuat pemantauan harga untuk aplikasi Price Catcher?
Maklumat harga akan dipantau dan dikutip oleh lebih dari 1,100 Pegawai Pemantau Harga dari KPDNHEP di seluruh negara secara harian, mingguan dan bulanan. Memandangkan terdapat premis perniagaan yang menawarkan barang yang sama tetapi pada harga berbeza, aplikasi ini akan membantu pengguna untuk membuat perbandingan harga tanpa perlu pergi ke kedai.
Selepas membuat perbandingan harga, pengguna boleh memilih premis atau kedai yang menawarkan harga yang paling berpatutan untuk menjimatkan perbelanjaan.
Selain menjimatkan masa dan kos, pengguna juga dapat membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan seperti:
Pasar raya
Pasar awam
Pasar basah
Kedai runcit terpilih
Antara ciri-ciri aplikasi Price Catcher adalah:
Perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan
Dapat simpan barangan pilihan dalam fungsi ‘Bakul Saya’
Carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan
Paparan harga disusun mengikut premis yang menawarkan harga terendah kepada tertinggi
Fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map
Berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial
Hebahan mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.
Kategori Carian Price Catcher
Terdapat pelbagai kategori yang boleh dilayari oleh pengguna seperti:
Barangan segar
Barangan kering
Barangan berbungkus, tin, pek, kotak dan botol
Susu dan barangan bayi
Produk kebersihan
Minuman
Penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung dapat membantu pengguna supaya lebih bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan selain menggalakkan peniaga beretika dan meletakkan harga yang munasabah.
Jadilah pengguna bijak dengan aplikasi Price Catcher. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Price Catcher. Muat turun aplikasi Price Catcher dari Google Play Store atau App Store hari ini!
