Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Sambutan Hari Jadi McDonald’s ceriakan dan mengukir senyuman anak yatim
Diterbitkan:  Oct 27, 2022 12:10 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia berganding bahu mengukuhkan komitmen dalam mewujudkan impak positif di kalangan masyarakat melalui Program Bulan Komuniti yang bertumpukan kepada kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Bulan Komuniti adalah sebahagian daripada Program Komuniti McD dan RMHC yang merupakan inisiatif utama memayungi segenap usaha kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia pada setiap tahun.

Inisiatif ini melebarkan sayap ke seluruh Malaysia termasuk Negeri Sembilan setelah berjaya melaksanakannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menceriakan 12,000 anak-anak yatim dari 400 rumah kebajikan

Tahun ini juga merupakan tahun kedua Sambutan Hari Jadi McDonald’s disambut di rumah-rumah kebajikan kanak-kanak. Kali ini McDonald’s Malaysia telah memilih Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair, Negeri Sembilan, sebagai lokasi seterusnya dalam usaha untuk meraikan hari jadi dan menceriakan 12,000 anak-anak yatim dari 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara. 

“McDonald’s sentiasa komited memastikan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi kami dan kami ingin menjadi ‘jiran’ yang prihatin kepada mereka yang memerlukan. Memberi impak positif dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di negara ini adalah nilai teras syarikat yang amat diutamakan. Dengan gandingan RMHC Malaysia sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, ia secara langsung mengukuhkan lagi capaian kami kepada pelbagai golongan masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara ini” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“Program Komuniti McD & RMHC adalah usaha McDonald’s Malaysia untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang memerlukan. Pada tahun ini, aktiviti kemasyarakatan telah berganda kepada lebih 14,000 setakat ini, dan secara keseluruhan, McDonald’s dan RMHC membelanjakan lebih RM400 ribu bagi memeriahkan Bulan Komuniti pada tahun ini.” ulas Dato’ Azmir Jaafar.

Menambahbaik dan menyediakan prasarana

RHMC Malaysia juga akan meneruskan usaha mereka dalam membantu menambahbaik prasarana rumah kebajikan kanak-kanak melalui sumbangan 1,000 set tilam, bantal, dan cadar baharu kepada 20 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara. 

“Kanak-kanak mana yang tidak sukakan McDonald’s, Lihat sahaja wajah mereka di sini cukup teruja dan gembira dapat menyambut hari lahir dan meluangkan masa dengan melakukan aktiviti bersama warga McDonald’s. Saya kira memori ini akan menjadi kenangan manis mereka dan kami sangat berbesar hati kerana McDonald’s dan RHMC sudi menghulurkan sumbangan untuk menambahkan keselesaan kepada kami,” kata Encik Rahman Bin Haji Musa, Pengerusi Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair.

McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia sentiasa komited untuk mendekati seramai mungkin golongan masyarakat yang memerlukan di negara ini. Program Komuniti McDonald’s dan RMHC kini memasuki tahun ke-6 pelaksanaannya, sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017. Lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan setiap tahun melibatkan warga kerjanya di seluruh negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS