Badan anda bergerak secara berterusan. Walaupun dalam keadaan tidur, darah anda mengalir, otak anda memproses maklumat, dan perut akan mencerna snek lewat malam yang telah dimakan. Kebiasaanya, setiap kali anda makan, badan anda akan memisahkan nutrien kepada protein dan vitamin, dan membuang sisa yang tidak diperlukan.
Biasanya, salah satu daripada bahan buangan tersebut dikenali sebagai asid urik. Asid urik ialah bahan buangan semula jadi yang terhasil apabila badan mencerna bahan yang dikenali sebagai purin.
Dari manakah anda mendapat purin?
Purin biasanya dihasilkan dalam badan dan juga didapati dalam beberapa makanan dan minuman. Contoh makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi adalah daging organ, ikan bilis, makarel dan kacang polong.
Apa yang berlaku jika terdapat terlalu banyak asid urik dalam badan?
Kebanyakan asid urik larut dalam darah dan bergerak ke buah pinggang. Dari sana, ia keluar dari sistem badan melalui air kencing atau melalui usus anda supaya ia boleh dikawal kembali ke tahap "normal".
Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak asid urik atau tidak mengeluarkan dengan cukup, ini akan mengakibatkan lebihan asid urik dalam darah yang dipanggil sebagai hiperurisemia. Hiperurisemia boleh menyebabkan pengumpulan dan pengkristalan asid urik sama ada dalam saluran kencing, membentuk batu asid urik atau pada sendi dan tisu, dan mengakibatkan serangan gout yang menyakitkan.
Apa itu gout?

Gout adalah jenis arthritis yang biasa dan kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Ia dicirikan sebagai serangan mendadak, sakit yang teruk, bengkak, kemerahan dan kelembutan pada satu atau lebih sendi, selalunya pada ibu jari kaki.

Ural, pengalkali air kencing yang berkesan untuk gout dan batu karang asid urik!
Ural ialah pengalkali air kencing berperisa lemon tanpa gula. Ia dapat meningkatkan nilai pH air kencing menjadikan air kencing lebih beralkali yang akan menggalakkan pelarutan asid urik berlebihan dalam darah dan mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout.
Jaga paras asid urik dalam badan anda dengan Ural, pengalkali air kencing yang berkesan untuk gout!
Jadi pilihlah Ural

Cuba Ural – pengalkali air kencing yang berkesan untuk gout hari ini! Ia boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Ural di www.uralpromo.my.
Ini adalah iklan produk ubat.
KKLIU 3285/2022 (exp: 31 Disember 2024)
