Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Nikmati keceriaan di Lotus’s Aman Sentral: Jiran Baharu Anda!
Diterbitkan:  Dec 16, 2022 4:06 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Baru-baru ini, Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) telah membuka cawangan baharunya yang ke-65 di kompleks membeli-belah Aman Sentral, Alor Setar.

Cawangan baru membawa tema “Jiran Baru Anda”

Tema ini bertujuan untuk terus mengembangkan nilai SMART bagi Keceriaan Setiap Hari kepada komuniti kejiranan di Aman Sentral. Nilai S.M.A.R.T melambangkan S untuk Simple (Mudah); M untuk Motivated (Bermotivasi); A untuk Agile (Tangkas); R untuk Responsible (Bertanggungjawab); dan T untuk Transformative (Transformasi).

Usaha ini bukan sahaja untuk menawarkan nilai harga yang berpatutan, produk berkualiti dan penyediaan pelbagai pilihan produk jenamanya tersendiri malahan syarikat peruncitan ini juga ingin menjadi nadi kepada masyarakat sekelilingnya. 

Menurut Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah, corak peruncitan pada masa kini menunjukkan bahawa pengguna lebih suka membeli-belah di kedai yang lebih kecil yang terletak berhampiran dengan rumah. 

Beli-belah dengan mudah dan pantas melalui aplikasi Scan & Shop Lotus’s

Cawangan Lotus’s akan lebih memberikan tumpuan kepada penjimatan masa, menawarkan nilai harga yang berpatutan dan penggabungan teknologi seperti kaunter self-check out  dan aplikasi Scan & Shop. 

Usaha ini dapat meningkatkan nilai SMART dengan memberi kemudahan kepada pelanggan di Alor Setar dan di lokasi yang lainnya pada masa hadapan. 

Diskaun dan hadiah menarik menanti untuk ahli kelab My Lotus’s

Kenneth berkata, sempena pembukaan cawangan tersebut, terdapat pelbagai diskaun menarik yang ditawarkan, sampel percuma, Baucar Ganda-Ganda untuk ahli kelab My Lotus’s, pelbagai peraduan dan hadiah turut ditawarkan dan barangan bernilai RM20 dengan perbelanjaan minimum RM50 bermula dari 15 Disember hingga ke 18 Disember.

Memperkenalkan aplikasi TrueMoney

Lotus’s Malaysia turut memperkenalkan platform pembayaran e-dompet terbarunya iaitu melalui aplikasi TrueMoney. Pelanggan yang memuat turun dan mendaftar aplikasi ini dapat menikmati promosi yang ditawarkan sehingga akhir Disember 2023 nanti. Antaranya ialah:

  1. Melalui Spend and Win, pelanggan yang membelanjakan minimum RM50 akan layak memenangi pulangan sebanyak RM1,000 pada setiap bulan. Cuma dua pemenang sahaja akan dipilih secara rawak pada setiap bulan tersebut.

  2. Nikmati ganjaran 50 mata My Lotus’s untuk setiap pembelian yang berjumlah minimum RM50 setiap bulan.

  3. Ahli My Lotus’s yang memuat turun dan mendaftar kepada aplikasi TrueMoney pula akan menerima 100 mata My Lotus’s.

Selain itu, pelanggan di semua cawangan Lotus’s juga akan menerima pulangan sebanyak RM8 setiap dua transaksi dengan jumlah perbelanjaan minimum RM38 bagi setiap pengguna bermula 15 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023.

Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat

Cawangan di Aman Sentral akan dikendalikan oleh 100 peratus rakyat Malaysia. Selain itu, mereka juga membuka peluang pekerjaan ini kepada warga emas dan mereka yang kurang upaya di cawangan tersebut. 

#KitakanJiran: Mengedarkan barangan makanan kepada komuniti yang memerlukan

Cawangan Lotus’s Aman Sentral juga akan meneruskan komitmen dalam memperjuangkan akses kepada makanan berkhasiat dan sihat melalui kerjasamanya bersama Kindess Malaysia (Rakan Kongsi Tempatan Food Aid Malaysia) untuk Program Sumbangan Lebihan Makanan syarikat peruncitan tersebut.  

Program Lebihan Makanan ini melibatkan semua cawangan Lotus’s dengan mengedarkan barangan makanan yang selamat dan masih boleh dimakan pada setiap hari seperti barangan bakeri, sayur-sayuran dan buah-buahan melalui rakan kongsi amal Lotus’s iaitu Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen. 

Barangan makanan itu kemudiannya diagihkan kepada mereka yang memerlukan dalam komuniti kejiranannya. Sehingga kini, syarikat peruncitan tersebut telah berjaya menyelamatkan kira-kira 2,368,785 kilograms, bersamaan dengan lebih daripada 10 juta hidangan makanan yang tidak terjual tetapi masih selamat di makan daripada terbuang ke tapak pelupusan.

Dapatkan segera pelbagai pilihan barangan yang ditawarkan sambil menikmati penjimatan terbaik di semua rangkaian Lotus’s di seluruh Malaysia hari ini.

Anda juga boleh nantikan pelbagai promosi dari Lotus’s melalui laman web Lotus’s. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial Lotus’s di:

Facebook: @LotussMalaysia Instagram: @lotussmalaysia









Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS