Wakil jenama dan jualan di bawah Basictoday Sdn Bhd dari seluruh Malaysia - Aqua+ Series, Vie Cosmetics, Purewax, Govean, E ProExperience Card, Optimum, Yomu Food diraikan pada malam Achievers' Nite 2023 yang ke-30 sempena pencapaian cemerlang mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, 11 Februari lalu.
Achievers' Nite 2023 adalah malam merai dan mengiktiraf mereka yang berprestasi tinggi sepanjang tahun lalu bagi jenama terkemuka di Malaysia itu. Acara tersebut dihadiri lebih 600 wakil jenama dan wakil jualan dari seluruh negara.
Wakil jenama luar negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Taiwan turut hadir memeriahkan lagi acara tersebut.
Pada malam itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal, Hazama bersama Penglipur Lara.
"Kami berbangga kepada wakil jenama dan wakil jualan pada malam ini dan juga sangat teruja untuk menunjukkan penghargaan kami pada mereka.
"Jenama kami berjaya kerana komitmen wakil-wakil jualan yang berbakat dan berdedikasi amat berterima kasih atas sumbangan mereka kepada perniagaan kami, malam ini adalah untuk menunjukkan penghargaan atas kejayaan mereka," kata Zita Afzan, jurucakap jenama terkemuka.
Pada malam itu, 17 wakil jenama sah baharu, 8 wakil jenama terbaik dan 4 wakil jenama terunggul dari seluruh negara menerima pengiktirafan.





Wakil Jenama Terbaik Seluruh Negara (Individu)
Mariyana Binti Mustaffa (Aqua+ Series)
Wakil Jenama Peningkatan Terbaik
Norhasfifi Binti Che Ishak (Aqua+ Series)
Wakil Jenama Konsisten Terbaik
Asri Bin Termizi (Purewax)
Wakil Jenama Baharu Terbaik
Kerthana A/P Chandrasegaran ( Aqua+ series)
Wakil Jenama Kumpulan Terbaik
Kumpulan Epik ( Aqua+ series )
Jenama Terbaik 2022 - Aqua+ Series
Jenama terkemuka ini bukan sahaja menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa kepada pelanggan mereka. Jenama ini juga komited untuk mempertingkat lagi pengalaman terbaik kepada pelanggan dengan produk yang lebih premium pada masa akan datang.
#Basictoday #Purewax
#Optimum #Govean
#YomuFood
#euphoriamalaysia
#viecosmetics
#aquaplusseries
#eproexperiencecard
