Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Aktif dan dedikasi menjadi faktor utama Pang disukai oleh pengundi KKB
Diterbitkan:  May 4, 2024 11:02 PM
Dikemaskini: 3:37 PM

Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) berkata manifestonya akan berlandaskan kepada 4 teras iaitu dari segi ekonomi, alam sekitar, warisan dan budaya serta kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya diberi mandat untuk mewakili warga KKB, saya akan memastikan untuk memberi perkhidmatan yang baik serta meneruskan legasi mendiang Lee Kee Hiong yang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu selama 3 penggal”

Pelancongan sebagai penjana ekonomi KKB

Pang berkata KKB terkenal dengan aktiviti-aktiviti ekopelancongan seperti mendaki di Bukit Kutu, menempuhi air terjun dan menunggang basikal gunung. Dengan lokasi yang strategik, beliau ingin menjadikan KKB sebagai destinasi percutian yang terkenal.

Pekan itu juga mempunyai banyak tapak tinggalan sejarah dan keindahan alam semulajadi, yang berpotensi sebagai tarikan pelancongan. “Saya akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan kerajaan negeri untuk memulihara KKB sebagai tapak warisan dan budaya. Sepertimana alam semulajadi, tinggalan sejarah di KKB merupakan satu warisan yang harus kita pelihara,” ujar beliau.

Mudahkan pengguna, perkhidmatan bas di DUN KKB akan ditambah baik

Di KKB, terdapat bandar baru, kampung dan taman perumahan yang dilihat memerlukan perkhidmatan bas Smart Selangor yang boleh disambung dari komuter ke Lembah Klang. Beliau bercadang untuk memperbanyak kemudahan bas di semua kawasan terutama yang memudahkan pengguna ke perkhidmatan rel serta menambah perkhidmatan van pelancongan pada hujung minggu untuk membawa pelancong.

Kemampanan alam sekitar

Dari segi alam sekitar, daerah Hulu Langat diliputi oleh 50% hutan kekal serta kawasan yang memberikan bekalan air kepada sebahagian besar penduduk Selangor. "Oleh itu, keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan perlu diutamakan." kata beliau. 

Kebajikan rakyat diutamakan

"Saya akan mengimplementasikan dasar-dasar yang sedia ada untuk membantu golongan yang memerlukan sokongan. Selain itu, bagi golongan muda, saya berhasrat untuk memulakan inisiatif-inisiatif seperti penyediaan latihan yang bersesuaian dengan keperluan industri kini".

“Kebajikan anak muda dan golongan wanita amatlah dekat dihati saya, dan sudah tentu perancangan ataupun dasar-dasar baharu untuk memperkasakan golongan anak muda dan wanita akan dimasukkan dalam manifesto saya yang akan dilancar nanti,” tambahnya.

Harapan penduduk KKB

Shahril, dari Bandar Utama Batang Kali, berkata calon PH, Pang Sock Tao walaupun muda, beliau mempunyai banyak pengalaman dalam cara mentadbir yang berkesan dan telah membuktikan kebolehannya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.

Zakiah, pengundi KKB, berkata dalam pilihan raya kecil ini, kita harus fokus kepada isu ekonomi dan pembangunan tempatan demi kesejahteraan penduduk seperti yang dikemukakan oleh Pang. Beliau berharap calon PH dapat terus aktif menjaga kebajikan rakyat KKB.

Opah, pengundi DUN KKB berkata beliau berharap pembaharuan yang ingin dilaksanakan oleh Pang akan dapat mewarisi usaha-usaha mendiang Lee Kee Hiong. “Saya berharap Kuala Kubu Bharu kekal PH”, katanya. 

YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyeru  semua pengundi-pengundi KKB untuk menyokong calon PH, Pang Sock Tao, 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS