Kesihatan yang baik bermula dari udara yang bersih. Dalam ruang tertutup seperti di rumah, kualiti udara sering kali diabaikan, ia nya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti habuk, alergen dan bulu haiwan peliharaan.
Di sinilah penulen udara memainkan peranan penting!
LG PuriCare™ 360º Alpha PET Penulen Udara adalah penulen udara inovatif yang dapat mengurangkan pencemar dalam udara, menjadikannya lebih selamat dan bersih.

‘Allergy Care’, Penulen Udara yang mempunyai teknologi Ionizer dan UVnano
Dilengkapi dengan teknologi Ionizer dan UVnano, LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Penulen Udara mampu menyingkirkan 99.9% bakteria dan virus serta 99.999% habuk di udara.
Teknologi Ionizer akan menyaring partikel-partikel mikro yang kecil sementara UVnano akan menggunakan sinar ultraviolet untuk membunuh bakteria dan kuman lain yang terperangkap di dalam penulen udara.
Fungsi ini penting bagi mereka yang mempunyai alahan atau masalah pernafasan, kerana ia memastikan udara bebas dari patogen dan partikel halus yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Penulen udara ini juga menggunakan sistem penapisan berperingkat termasuk pra-penapis, penapis HEPA, dan penapis gas berbahaya, semua direka untuk memerangkap semua bahan pencemar supaya anda dapat menghirup udara yang bersih.
Membersihkan udara secara menyeluruh dengan 360 darjah

Berbentuk silinder, penulen udara ini menawarkan penapisan udara menyeluruh dari semua arah. Reka bentuk 360 darjah memastikan setiap sudut bilik mendapat pengaliran udara bersih dan segar, memberikan perlindungan optimum di seluruh ruang. Selain pengaliran udara yang menyeluruh, ia juga mempunyai teknologi “Clean Booster’’— untuk mengalirkan udara dengan jarak sehingga 9 meter.
PET Mode

LG PuriCare™ 360º Alpha PET Penulen Udara mempunyai ‘PET Mode’ yang direka untuk mengatasi masalah bau dan bulu haiwan peliharaan. Teknologi ini boleh menangani masalah bulu haiwan di permukaan rendah, dan menapis 35% lebih banyak bulu.
Menerusi penapis fotokatalitik, ia dapat mengurangkan 55% lebih banyak bau dari haiwan peliharaan.
Beroperasi senyap dan mudah dijaga
Direka untuk beroperasi dengan bunyi yang minimum, penulen udara ini ideal untuk digunakan di bilik tidur atau ruang tamu tanpa mengganggu aktiviti harian anda. Malah ia juga mudah diganti dan mempunyai penyelenggaraan yang tidak rumit menjadikannya produk yang mudah dijaga untuk jangka masa panjang.
Kawal kualiti udara anda

Aplikasi mudah alih LG ThinQ adalah satu platform yang menghubungkan dengan persekitaran rumah pintar, yang membolehkan pengguna mengawal dan mengoptimumkan peranti LG mereka dengan mudah, cekap dan mengikut penyesuaian peribadi.
LG PuriCare™️ 360º Alpha PET Penulen Udara boleh didapati pada harga RM65 sebulan dengan pelan ‘self service’ sehingga 7 tahun dengan penghantaran penapis di rumah anda secara berkala. Bagi yang berminat, produk ini boleh didapati dengan pilihan pembelian terus dan sewa beli, memudahkan anda untuk memiliki penulen udara berkualiti tinggi tanpa membebankan kewangan.
Jadikan LG PuriCare™ 360º Alpha PET Penulen Udara pilihan utama untuk bersihkan udara di rumah anda hari ini! Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila layari laman web LG Malaysia.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].
