Tahukah anda, mengapa kereta SUV menjadi pilihan yang semakin popular?
SUV mempunyai reka bentuk yang bergaya, visibiliti yang baik, kapasiti tempat duduk yang lebih besar, ruang dalaman yang luas, serta keselesaan dalam kenderaan. Selain itu, kemudahan untuk masuk dan keluar, keupayaan untuk melalui jalan tidak rata, dan lebih banyak fleksibiliti turut menjadi faktor utama. Paling penting, aspek keselamatan yang dititikberatkan dalam reka bentuk kenderaan ini menjadikannya pilihan yang menarik.
Dikuasakan oleh enjin yang bertenaga, SUV juga praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian. Secara amnya, SUV menawarkan keselesaan dan kemudahan yang anda tidak akan dapati pada sedan.

Adakah SUV pilihan yang tepat untuk anda?
SUV boleh menjadi pilihan yang tepat jika anda mencari kombinasi ruang, keselesaan, prestasi dan personaliti yang unggul.
Dengan pelbagai pilihan yang ada, membuat keputusan untuk memilih kenderaan yang sesuai boleh menjadi satu cabaran. Jadi, apakah yang menjadikan SUV begitu hebat?
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Contohnya, anda perlu memikirkan tentang keselamatan, prestasi, kemudahan pemanduan, dan praktikaliti. Saiz, ruang dalaman, keselesaan, “infotainment” (maklumat hiburan), penyambungan, dan kecekapan bahan api adalah faktor-faktor penentu yang lain.
Edisi Subaru Forester GT Wild Lite
Sebagai contoh, anda boleh meneroka edisi Subaru Forester GT Wild Lite untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik.
Berdasarkan namanya sahaja, anda dapat mengetahui bahawa SUV ini adalah jenis yang lasak dan sesuai bagi mereka yang gemar mencari pengembaraan.
GT Wild Lite dilengkapi dengan kit aksesori seperti pelekat ‘banjaran gunung’, pelekat hud anti-silau dan ‘sport rim’ 17 inchi yang berinspirasikan aktiviti luar, mencerminkan sebuah SUV yang kelihatan lasak dan bertenaga.
EyeSight 4.0: Teknologi Bantuan Pemanduan dipertingkatkan, untuk pengalaman pemanduan yang selamat

Keselamatan anda dan keluarga termasuk anak-anak anda - tetap menjadi keutamaan utama dalam reka bentuk edisi Subaru Forester GT Wild Lite. Oleh itu, SUV ini dilengkapi dengan sistem keselamatan pencegahan Subaru yang dikenali sebagai EyeSight 4.0 untuk keselamatan tambahan.
Dengan sudut pandangan yang lebih luas, kamera stereo yang baru kini boleh melihat hampir dua kali ganda daripada versi sebelumnya. Dalam erti kata lain, EyeSight 4.0 memastikan pemanduan lebih selamat dengan mengenal pasti halangan yang berpotensi di hadapan.

Selain kamera, kombinasi unik Subaru EyeSight 4.0 juga terdiri daripada ‘Autonomous Emergency Steering’, ‘Lane Centering Function,‘Lane Departure Prevention’, ‘Pre-Collison Braking’ dan fungsi keselamatan lain.
'Enjin Boxer' untuk keseimbangan, kestabilan serta keselamatan tambahan
Sekarang, mari kita lihat kecanggihan di bawah bonet.

Subaru Forester GT Wild Lite yang dilancarkan oleh Subaru Malaysia dikuasakan oleh enjin 'boxer' 2.0 liter dengan dengan hamburan kuasa 156 PS @ 6000 rpm dan tork 196 Nm @ 4000 rpm, dipadankan bersama ‘Lineartronic CVT’.
SUV ini mampu mencapai kelajuan 100km/j dalam hanya 10.3 saat, dengan kelajuan maksimum 193 km sejam.
Mengenai bacaan penggunaan bahan apinya, Forester GT Wild Lite menggunakan 7.8 liter bagi setiap 100 kilometer, menurut laporan rasmi.
Keistimewaan enjin 'boxer' terletak pada bentuknya yang leper dan segi empat.
Sistem ‘Symmetrical All-Wheel Drive’ dan ‘Subaru Platfom Global’ untuk ketenangan fikiran
Sistem ‘Symmetrical All-Wheel Drive’ merupakan salah satu teknologi teras Subaru yang direka untuk Forester. Dengan pemasangan sistem pacuan bahagian kiri dan kanan dalam kedudukan yang seimbang, sistem ini dapat mengagihkan kuasa kepada keempat-empat roda secara simetri untuk kawalan maksimum dan keselamatan tambahan.

Inovasi ini memberikan cengkaman dan kawalan yang kukuh pada pelbagai jenis permukaan jalan, memberikan anda kecekapan dan kebolehpercayaan dalam apa jua keadaan, termasuk memandu dalam cuaca buruk dan keadaan jalan yang tidak menentu.

Aspek keselamatan dan prestasi diperkukuhkan lagi oleh rangka yang menyerap gegaran dan kukuh dari Subaru Platfom Global di mana SUV dibangunkan. Ini membantu mengurangkan bunyi dan getaran serta meningkatkan kestabilan di bawah semua jenis jalan, menghasilkan pengalaman memandu yang lebih selamat dengan prestasi yang lebih baik dan keselesaan dalam perjalanan.
X-MODE: Meningkatkan Kawalan pada Pelbagai Situasi

Melengkapi Subaru ‘Symmetrical All-Wheel Drive’ adalah sistem X-MODE. Sistem khusus ini menyediakan kawalan dan cengkaman yang lebih baik dalam pelbagai situasi, termasuk memandu di jalan yang teratur dan mencabar.
Kini, dengan hanya satu sentuhan butang, anda boleh memilih antara pelbagai mod pemanduan untuk menyesuaikan dengan keutamaan dan keadaan jalan – seperti ‘Hill Descent Control’ yang menawarkan pengendalian lebih cekap semasa turun cerun.
X-MODE juga menjaga keselamatan dalam persekitaran bandar, seperti memandu turun ramp tempat letak kereta yang sempit dan berliku di bangunan pejabat atau pusat membeli-belah.
Ringkasnya, dengan cengkaman, kawalan, dan kestabilan yang dipertingkatkan, X-MODE
Apa yang sesuai dengan personaliti anda?
Jenis kenderaan yang dipilih mencerminkan personaliti anda. Namun, tidak semua orang yang memiliki pilihan kenderaan mereka.
Memandu sebuah SUV, sama ada untuk pergi ke tempat kerja atau keluar bersama keluarga, membawa personaliti yang berbeza di mana saja anda pergi.
Bayangkan anda memandu Subaru Forester GT Wild Lite dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands, pasti menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan!
Dengan pelbagai persekitaran topografi dan keadaan jalan di kedua-dua lokasi, anda akan dapat menikmati pelbagai ciri-ciri inovatif sambil menarik perhatian ramai!

SUV anda, definisi anda
Subaru Forester ditawarkan bermula pada harga RM142,500 tanpa insurans.
Subaru Malaysia juga menawarkan pakej perkhidmatan percuma selama 6 tahun/120,000 km untuk edisi Subaru Forester GT Wild Lite, bersama-sama dengan jaminan selama 5 tahun/100,000 km.
Ingin membuat kenyataan berani?
Layari pautan ini untuk menikmati pandu uji dan hidupkan semangat SUV dalam diri anda! https://www.subaru.asia/my/en/vehicles/forester-wild/
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].
