Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
NBiOSHOWCASE 2024 Umumkan ALPS Global Sebagai Unicorn Bioteknologi Pertama di Malaysia
Diterbitkan:  Jul 19, 2024 10:39 AM
Dikemaskini: 2:39 AM

ALPS Global Holding Bhd, syarikat bioteknologi bersepadu yang difasilitasi oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), menjadi syarikat bioteknologi pertama Malaysia yang mencapai status unicorn.

Pengumuman itu dibuat semasa majlis perasmian persidangan dan Pameran Bioekonomi Kebangsaan (NBIOSHOWCASE) 2024, anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Bioeconomy Corporation sebagai penganjur utama. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Memacu Pertumbuhan Industri Bioteknologi Malaysia dengan Anggaran Nilai RM1.5 Bilion

YB Tuan Chang Lih Kang berkata pengiktirafan ALPS sebagai syarikat unicorn pertama berasaskan bio di Malaysia akan memberikan suntikan semangat kepada ekosistem bioteknologi negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya menekankan bahawa kolaborasi yang dijalin di NBiOSHOWCASE 2024, termasuk pertukaran 11 memorandum persefaham dengan nilai anggaran RM1.5 bilion antara penggerak industri bioteknologi, jelas menunjukkan perkembangan industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia yang semakin matang dan berdaya saing di peringkat global. “Melalui sokongan MOSTI, lebih daripada 520 syarikat bioteknologi dan berasaskan bio telah diberikan fasilitasi oleh Bioeconomy Corporation, termasuk syarikat berstatus BioNexus, syarikat di bawah program Bio-based Accelerator (BBA), serta syarikat yang terlibat dalam projek-projek bioteknologi berimpak tinggi di Malaysia. Secara kumulatif, semua syarikat ini telah merekodkan pencapaian yang amat memberangsangkan dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM14.3 bilion dan menyumbang kepada pendapatan KDNK negara sebanyak RM37.5 bilion,” kata beliau.

"ALPS merupakan satu-satunya unicorn berasaskan bioteknologi di Malaysia dan ini adalah berita yang sangat memberangsangkan. Saya harap ini boleh memberikan galakan kepada syarikat berasaskan bio dalam negara untuk terus berkembang dan menjadikan Malaysia sebagai hab bioteknologi di rantau ini," katanya semasa sidang media selepas perasmian NBiOSHOWCASE 2024.

Pencapaian ini memenuhi salah satu matlamat utama di bawah Dasar Bioteknologi Negara 2.0 yang menyasarkan penciptaan tiga syarikat bio-inovasi dengan status unicorn menjelang tahun 2030. ALPS dijangka akan disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat tahun 2024 dengan nilai perusahaan kira-kira AS$1.6 bilion, lalu membawa nama Malaysia ke persada dunia dan membuktikan keupayaan negara dalam menghasilkan syarikat berteknologi tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.

Chang berkata ALPS merupakan syarikat unicorn kedua selepas Carsome, dan kerajaan telah mengenal pasti beberapa syarikat yang akan mencapai unicorn dalam jangka masa pendek di samping membantu syarikat demikian untuk menambah bilangan syarikat unicorn negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, En Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata pengiktirafan ALPS sebagai sebuah unicorn akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang bioteknologi di rantau ini, khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan.

“Penciptaan unicorn dalam industri bioteknologi juga membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pembangunan bakat di kalangan rakyat Malaysia serta meningkatkan keupayaan pekerja tempatan dalam bidang STI. Melalui sokongan kuat daripada kerajaan dan MOSTI, Bioeconomy Corporation akan memperhebatkan lagi usaha untuk memastikan industri bioteknologi dan berasaskan bio memacu Malaysia ke persaingan global yang lebih tinggi, meningkatkan kecekapan teknologi tempatan dan mencapai matlamat sumbangan sebanyak lima (5) peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang ditetapkan dalam Dasar Bioteknologi Negara 2.0.,” tambah beliau.

Persidangan dan pameran NBiOSHOWCASE 2024 yang bertemakan “Bioekonomi untuk Semua” melibatkan hampir 140 reruai dengan lebih daripada 110 pempamer dan dijangka akan dihadiri 4,000 orang pelawat. Lebih daripada 50 program dan aktiviti dijalankan di acara itu termasuk forum khas dan sesi perkongsian oleh pakar-pakar industri, peluang dana dan pekerjaan, pelancaran produk, pertukaran MoU, pameran syarikat berstatus BioNexus dan BBA, penjualan produk, rangkaian perniagaan, demonstrasi makmal, aktiviti untuk pelajar sekolah, saringan kesihatan, usaha kelestarian melalui Tanggungjawab Sosial Korporat, serta kuiz dan permainan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://linktr.ee/NBiOSHOWCASE2024 atau hubungi [email protected]


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS