Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Universiti Malaya Pelopor Lembaran Baharu Masa Depan Negara
Diterbitkan:  Jul 31, 2024 11:23 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Sektor pendidikan tinggi negara terus membentuk platform baru dalam agenda pemerkasaan kualiti dan impak universiti terhadap pembangunan negara.

Lima teras utama yang digariskan di bawah Amanat 2024 oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menjadi faktor penggerak kepada kemampanan dan kelestarian impak pendidikan tinggi kepada negara dan kemanusiaan. Antaranya adalah:

  1. Penyediaan Bakat Terbaik Negara

  2. Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi

  3. Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu

  4. Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi

  5. Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya

Di Universiti Malaya, kita menggariskan landasan reformasi strategik universiti yang akan melonjak daya saing dan peranan faktor penyelidikan dan akademik universiti dalam era cabaran baharu yang kian meruncing,” kata Profesor Dato’ Seri Dr. Ir. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.

Universiti Malaya terus berada di persada tertinggi dalam melonjak masa depan negara dan kemanusiaan dalam aspek ini. Berikut adalah 3 tumpuan strategi utama menjadi landasan baharu pembentukan pelan tindakan UM. 

  1. Memasyaratkan impak komuniti daripada kepakaran dan hasil penyelidikan UM.

  2. Menganjak langkah mengindustrikan UM dalam membentuk rangkaian limpahan impak positif kepada pelajar, industri kritikal dan pembangunan negara.

  3. Memperkasa proses pengantarabangsaan dan memastikan impak global UM terus mengakar di pelosok strategi dunia dalam membawa jenama dan kapasiti universiti untuk memberikan pulangan kepada komuniti global dan juga reputasi negara.

Dengan adanya lapisan sokongan struktur, sistem dan modal insan serta akar umbi yang utuh dan kental, hala tuju negara akan kekal cerah. 

Universiti Malaya akan terus menjadi sandaran dan penjulang negara

Sumbangan, impak dan pulangan Universiti Malaya kepada kejayaan negara dalam mengatur strategi, dasar, polisi dan keagungan intelektual dan kepakaran dalam menjulang hasrat masa depan negara kekal teras utama objektif universiti.

Industri pendidikan tinggi berada di ambang persimpangan cabaran dan dilema baharu. Universiti dalam negara dan di seluruh dunia menanti detik transisi ke arah peralihan hala tuju yang dicorak oleh faktor dan pengaruh geopolitik, ekonomi, politik dan sains yang akan mengubah rubrik percaturan masa depan universiti dan negara.

Dengan objektif yang hanya berpaksikan kepada kepentingan dan pulangan sebenar kepada kebaikan universiti, polisi  yang dibuat mesti mengikut acuan kepada realiti, kebenaran dan keberanian untuk membuat reformasi dan perubahan.

Untuk universiti bergerak ke hadapan dan menghadapi cabaran alaf baharu, modal insan berkelas dunia dan bertaraf tinggi menjadi sandaran dalam menggerakkan gerak kerja dan landasan tindakan universiti.

Perubahan era dunia baharu dengan cabaran geopolitik dan ekonomi serta transformasi demografi baharu dalam dekad dan abad akan datang memerlukan perubahan seiring dari segi pendekatan dan mentaliti modal insan.

Impak perubahan iklim, cabaran getir ancaman geopolitik dan ekonomi serta  keselamatan serantau dan dunia, dan cabaran demografi dan pegangan prinsip dan ideologi masa depan semuanya akan menguji daya tahan sesebuah negara dan tamadun.

Kemelut ageing society dan perspektif dan tuntutan Generasi baharu Alpha dan Z

Konteks dan permintaan berbeza generasi baharu akan datang dan juga perubahan global dalam industri pengajian tinggi mengubah rubrik konsep dan erti pengajian tinggi dan universiti kepada generasi akan datang, khususnya kepentingan dan impak sebenar konsep pengajian universiti dan penyelidikan. Kesemua ini mesti diambil kira dalam transformasi universiti dan kepentingan kepada negara dan masyarakat.

Dalam era post normal times di mana kita melihat perubahan mendadak dalam semua sektor pada masa yang sama, transformasi dan reformasi dalam mesti diadakan.

Dalam gagasan mencecah lembaran pencapaian baharu yang diimpikan, faktor seiring yang harus difokuskan adalah kepada pembangunan manusiawi yang setara dengan pembangunan dan kemajuan aset nyata. Pembangunan nilai dan prinsip kemanusiaan yang berlandaskan teras manusiawi dan transformasi sikap, moral, etika dan prinsip dan pegangan sahsiah.

Dalam usaha untuk mengangkat darjat kemajuan dan pembangunan baharu, kita tidak boleh mengenepikan tuntutan kritikal dalam aspek integriti dan tatakelola serta governans yang jitu, bertanggungjawab dan beretika. Cara kerja dan tatakelola yang beramanah serta berintegriti mesti bergerak seiring dengan haluan kita untuk mencapai kegemilangan fizikal.

Kita di Universiti Malaya terus membentuk wacana dan rencana masa depan yang akan dijadikan sebagai panduan intelektual yang utuh, berani dan yakin untuk mencorak imaginasi dan dasar strategik masa depan yang akan memberikan pulangan kepada negara.

Pendidikan tinggi negara di seluruh Malaysia perlu berani, teguh dan kental 

Dalam perubahan ini, UM berpegang teguh dan terus yakin dan berani dalam membuat perubahan dan transformasi strategik, dalam usaha menggapai langit dan mencorak acuan baharu, dan tetap kental dalam norma dan nilai negara dengan bersinonim tagline UM iaitu Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani (Home of the Bright, Land of the Brave).

Pembangunan kritikal menyeluruh pelajar akan terus diperkasa. Paling kritikal, adalah keperluan untuk mahasiswa dan graduan untuk terus menyumbang kepada kepentingan dan pembangunan negara.

Sebagai universiti terunggul, standard tertinggi dalam academic integrity, academic honesty dan academic excellence menjadi sandaran. Sumbangan akademik ini mesti berlunaskan impak kepada perubahan positif kepada negara dan dunia dan diterjemahkan kepada impak on the ground kepada masyarakat dan kemanusiaan dalam semua bidang.

Setiap perancangan akademik dan penyelidikan mesti berkisarkan kepada sasaran future foresight yang strategik dan memberikan pulangan yang betul kepada keperluan national interest dan juga global interests dengan bertumpukan kepada bidang kritikal masa depan yang mungkin tidak lagi menjadi perhatian sekarang.

Universiti Malaya akan menyasarkan tumpuan kepada 10 sasaran kritikal baharu masa depan

Antaranya adalah industri semikonduktor dan nadir bumi, tenaga nuklear dan tenaga baharu, pemerkasaan sektor kesihatan dan lembaran penyelidikan perubatan baharu, teknologi nano dan kuantum, kepintaran buatan dan sains angkasa, dan lain-lain.

Kesemua teras ini merentasi domain semasa yang menjadi kekuatan kita, dan juga meliputi bidang tujahan baharu yang akan menjadi sandaran strategik dan kritikal pembangunan nasional dan kemanusiaan masa kini dan pada masa akan datang.

Lima teras utama yang diutarakan oleh YB Menteri telah dipetakan dan disalurkan mengikut landasan dan acuan Universiti Malaya, dengan aliran pelan reformasi dan strategi tersendiri.

“Kita berpegang kepada keperluan untuk memperkasa ketersediaan cabaran masa depan. Ini termasuk menyediakan platform holistik bagi pembangunan sahsiah, kompetensi dan nilai pelajar. Pelbagai strategi dicanang dalam memastikan Generasi baharu ini dilengkapkan dengan kompetensi ilmu, kepakaran, kapasiti soft skills dan juga penerapan prinsip dan nilai. Salah satu pendekatan yang digunakan adalah precision intervention, di mana kemampuan, keupayaan dan potensi pembangunan kompetensi masa depan pelajar diukur sejak tahun pertama dan program pemupukan secara bersasar dijalankan secara berterusan bagi memberikan perkhidmatan sokongan sepanjang tempoh pengajian,” kata Dr. Noor Azuan.

Kualiti penyelidikan dan hasil penyelidikan menjadi sasaran utama, di mana impak kepada masyarakat, pembangunan negara dan kepentingan isu global menjadi pegangan utama.

Dengan cabaran yang melanda dari impak perubahan iklim sehinggalah kepada risiko ketegangan konflik dan geopolitik serta ancaman penyakit berjangkit, hala tuju penyelidikan berimpak tinggi mesti menjurus kepada menyokong usaha mencari penyelesaian dan memberikan suntikan positif kepada usaha negara dan global dalam menangani kemelut ini.

Dalam usaha ini, Universiti Malaya bukan setakat memainkan peranan yang biasa dalam membentuk wacana dan impak terhadap sektor penyelidikan dan pendidikan tinggi semata-mata, tetapi mementingkan fokus terhadap domain kritikal masa depan yang dapat mengangkat kecemerlangan masa depan negara dan ketamadunan.

Objektif ini bersandarkan kepada piawaian tertinggi standard dan kecemerlangan akademik, prestasi kompetensi dan impak penyelidikan yang merentasi semua peringkat akademik dan bukan akademik.

Kesemua kayu ukur pencapaian universiti adalah berdasarkan kepada bukti kecemerlangan akademik dan penyelidikan yang bertunjangkan kualitatif dan juga kuantitatif. Kaedah kuantitatif menjadi fokus utama, dalam meletakkan penanda araas tertinggi yang setanding dengan peringkat tertinggi global dalam memastikan tahap piawaian dan kecemerlangan akademik kekal terpelihara. Kesemua ini adalah berdasarkan meritokrasi dan pencapaian secara dwi fungsi, dalam domain kuantitatif dan juga penilaian berasaskan nilai dan kualitatif.

Pemindahan ilmu menjadi faktor kritikal dalam memastikan kelestarian komuniti dan kemanusiaan tercapai, dan ini diterjemahkan dalam hasrat baharu UM sebagai medan utama transformasi kehidupan komuniti seluruh Malaysia di semua daerah dan negeri dan juga impak kepada masyarakat global.

Pengantarabangsaan di semua domain penyelidikan, pembelajaran, mobiliti ilmu dan modal insan serta lonjakan impak masyarakt global di setiap pelosok dunia mesti diubah rubriknya, dan diberi anjakan baharu dalam memberikan perubahan dan jawapan kepada isu global. UM terus memegang tampuk forerunner dalam aspek ini.

Peranan Universiti Malaya akan menjadi domain utama dalam penyelesaian kemelut negara dan dunia. Ini termasuk sasaran pembasmian kemiskinan tegar, penstrukturan semula ekonomi dan pendapatan yang setimpal dengan konsep pembangunan negara baharu.

Strategi masa depan Universiti Malaya merangkumi empat penanda aras utama iaitu speed and agility, innovative invention, knowledge and resources dan institutional resilience. Setiap faktor pemangkin ini menerbitkan julat impak berangkai tersendiri yang mencirikan limpahan kepentingan dalam faktor berkait dan faktor keseluruhan kemajuan negara dan bangsa.

Medan baharu berlandaskan solution based approach mesti diamalkan, dalam menghadapi kekangan dan cabaran abad akan datang.

Impak kejayaan Malaysia di mata dunia bukan hanya akan dinilai dan diukur dari segi sumbangan ekonomi dan ilmu secara amnya, evolusi peradaban dunia dan kemanusiaan yang berlandaskan kesucian dan penghayatan nilai, prinsip dan pegangan murni dalam membentuk ketamadunan masa depan menjadi perintis kebanggaan bersama. 

Justeru, Universiti Malaya mesti membuka laluan baharu untuk negara.

Universiti Malaya akan terus proaktif, strategik dan futuristik dalam memperkasa landasan baharu sektor dan tumpuan penyelidikan yang akan melonjak kepentingan negara.

Ekosistem komprehensif yang berdasarkan kepada all of university and whole of industry approach menjadi sandaran utama dalam memastikan kepakaran digembleng dan sistem sokongan sistematik disalurkan kepada pembentukan hasil penyelidikan yang menjadi tumpuan global.

Pendidikan tinggi negara dan universiti di seluruh Malaysia perlu berani, teguh dan kental dalam perubahan dan reformasi sistem pendidikan, dengan mengambil kira tuntutan masa depan.

Dalam perubahan ini, UM berpegang teguh untuk yakin dan berani dalam membuat perubahan dan transformasi strategik, dalam usaha menggapai langit dan mencorak acuan baharu, dan tetap kental dalam norma dan nilai.

Rencana masa depan negara akan terus terjamin dengan jalinan aspirasi bersama dalam memacu aspirasi baharu, dan Universiti Malaya akan terus memainkan peranannya sebagai universiti terunggul negara untuk mempelopori gagasan baharu masa depan.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS