Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Kita Malaysia: Memupuk Perpaduan, Padukan Semangat Kekitaan
Diterbitkan:  Aug 20, 2024 2:09 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Bersempena dengan ulang tahun ke-25 Malaysiakini dan sambutan Bulan Kebangsaan, FG Media, Malaysiakini, Kini Events, dan rakan media KiniTV akan menganjurkan kempen “KitaMalaysia” mulai 15 Ogos sehingga 30 September 2024. Sasaran pelancaran kempen ini bertujuan untuk mempromosikan usaha individu dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bangkit dengan semangat kekitaan. 

Kempen ‘#KitaMalaysia’ akan menampilkan pelbagai inisiatif menarik, termasuk kempen TikTok dan projek Gen Celik. Kami menjemput ramai-ramai untuk menyertai kempen ini dan menyambut kepelbagaian, perpaduan, dan semangat patriotisme yang menyatukan kita sebagai satu negara.

Sertai Kempen TikTok KitaMalaysia dan berpeluang memenangi Touch n’ Go RM50

Kempen TikTok ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat #KitaMalaysia, di samping menggalakkan rakyat Malaysia mencintai negara dan memupuk semangat patriotisme.

Cara sertai Kempen TikTok?

  1. Jadi Kreatif: Rakamkan video kreatif yang bertemakan semangat patriotisme, sama ada melalui tarian, lakonan, aktiviti, atau apa sahaja yang anda gemari.

  2. Kongsi Video Anda: Muat naik video anda di TikTok dengan hashtag #KitaMalaysia dan #Mkini25. Pastikan akaun anda pada tetapan umum

  3. Kriteria: Pastikan video anda dalam format menegak dan berdurasi antara 20 hingga 60 saat. Dan jangan lupa untuk menggunakan lagu rasmi KitaMalaysia yang tersedia di akaun TikTok kempen.

  4. Tag Kami: Tag @KiniEvents di video TikTok anda, supaya kami dapat menilai video kreatif anda.

Pengumuman Pemenang

Pemenang akan dipilih setiap minggu. Video yang mempunyai jumlah tontonan dan komen yang tinggi akan dipilih sebagai penerima Touch n' Go bernilai RM50. Jadi jangan ketinggalan!

Pemenang akan dihubungi oleh TikTok pihak penganjur melalui Direct Message di TikTok. Akaun TikTok yang terpilih akan diumumkan di akaun Facebook dan Instagram rasmi pihak penganjur. Kongsikan kreativiti anda dan tunjukkan semangat patriotik anda dengan menyertai kempen TikTok #KitaMalaysia ini. Tarikh tutup adalah pada 30 September 2024! 

Gen Celik adalah pertandingan pengucapan awam yang akan diadakan di sekolah rendah dan menengah. Pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah dengan membawakan tema semangat ‘KEKITAAN’ dan ‘PERPADUAN’.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web KitaMalaysia dan media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok.

#KitaMalaysia #Mkini25


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS