Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
13 Pelajar Bertuah Menerima Perodua Axia Baharu - UNITAR
Diterbitkan:  Apr 16, 2025 2:11 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Majlis Anugerah Istimewa yang dianjurkan oleh Kumpulan Pendidikan UNITAR telah memilih seramai 13 pelajar bertuah untuk memenangi sebuah Perodua Axia 1.0L X baharu, dilengkapi dengan pakej pendaftaran jalan raya selama setahun. 

Majlis tersebut yang berlangsung di Kampus Induk UNITAR, Kelana Jaya merupakan acara penutup kepada kempen khas yang dilancarkan sempena pengambilan pelajar baharu semester Januari 2025.

Kempen ini dirangka bagi menghargai komitmen para pelajar dalam meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi, di samping penglibatan aktif mereka dalam program rujukan dan pengambilan pelajar oleh UNITAR. 

Pemenang terdiri daripada:

  • 12 pelajar, masing-masing mewakili kampus UNITAR di seluruh negara.

  • 1 pelajar, yang dipilih melalui program rujukan pelajar “Student-Get-Student”. 

“Di UNITAR, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna, menarik dan memberi inspirasi. Majlis Anugerah ini merupakan tanda penghargaan kami kepada para pelajar yang meletakkan kepercayaan mereka kepada UNITAR serta untuk meraikan langkah pertama mereka dalam dunia pendidikan tinggi,” kata Dato’ Puvan Balachandran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan UNITAR.

“Inisiatif ini mencerminkan misi kami untuk mengubah kehidupan dan memperkasakan para pelajar dengan sesuatu yang lebih daripada sekadar ilmu pengetahuan,” katanya.

Pendekatan Baharu dalam Mengiktiraf Penglibatan Pelajar

13 pemenang, bersama barisan kepimpinan UNITAR (dari kiri ke kanan): Dato’ Puvan Balachandran – Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pendidikan UNITAR, Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar – Naib Canselor, Kolej Universiti UNITAR Kuala Lumpur (dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)), Timothy Johnson – Ketua Pegawai Komersial, Kumpulan Pendidikan UNITAR, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar – Ketua Pegawai Akademik & Naib Canselor, Universiti Antarabangsa UNITAR, Samantha Sew – Ketua Pegawai Kewangan, Kumpulan Pendidikan UNITAR, Stella Chua – Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Pendidikan UNITAR

Timothy Johnson, Ketua Pengawai Komersial Kumpulan Pendidikan UNITAR, berkata, “Kami sentiasa komited untuk meneroka pendekatan baharu dalam menghargai penglibatan pelajar, di samping menekankan kepentingan nilai pendidikan. Melalui penganjuran Majlis Anugerah ini yang menawarkan insentif bermakna, kami berhasrat untuk terus membina sebuah komuniti pelajar yang dinamik dan berdaya saing, didorong oleh aspirasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.”

Majlis ini memperkukuhkan komitmen UNITAR dalam menyediakan pendidikan yang mudah diakses, mampu milik dan berimpak–sambil menawarkan peluang yang melangkaui pembelajaran di bilik kuliah.

Program tersebut diakhiri dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya—peluang istimewa untuk beramah mesra bersama barisan kepimpinan UNITAR, para pelajar serta rakan kerjasama acara.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNITAR dan program-program yang ditawarkan, sila layari www.unitar.my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS