Jika anda sedang mencari destinasi yang penuh dengan keseronokan dan keindahan alam semula jadi, Rimba Safari adalah pilihan yang tepat!
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati promosi 2nd Ride at RM1 untuk aktiviti terpilih – sah untuk pembelian secara walk-in sahaja.
Rimba Safari merupakan acara ekopelancongan yang menarik, yang akan diadakan di Paya Indah Discovery Wetlands, Gamuda Cove. Acara ini dijamin akan menawarkan pengalaman yang segar dan luar biasa. Rimba Safari bukan sekadar taman haiwan biasa — pengunjung berpeluang berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan comel dan eksotik dalam suasana semula jadi yang menenangkan.
Terokai Keunikan Rimba Safari
Sekiranya anda belum pernah merasai sendiri memberi makan kepada kura-kura, buaya, dan gajah, di sini, Rimba Safari akan menunaikan hajat anda! Anda berpeluang mengisi memori anda dengan beramah mesra bersama haiwan-haiwan lain seperti alpaca, kuda mini falabella, dan burung kakak tua!


Setiap sudut di Rimba Safari menjanjikan pengalaman yang penuh keriangan dan pembelajaran. Anda turut boleh menaiki trak safari untuk meneroka kawasan paya yang kaya dengan biodiversiti atau merasai pelayaran bot yang membolehkan anda menikmati keindahan tasik sambil memerhati habitat hidupan liar sekitar.

Acara ini bukan sahaja menawarkan aktiviti menarik, tetapi juga memberi peluang untuk mengenali alam semula jadi dengan lebih dekat. Mengajar anak-anak tentang kepentingan menjaga ekosistem sambil mereka berseronok.
Paya Indah Discovery Wetlands adalah destinasi yang sesuai untuk ‘healing’ seketika dari kesibukan kota dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan manis di sini!
Lokasi dan Waktu Operasi
Terletak di Paya Indah Discovery Wetlands (Gate 2),Dengkil. Rimba Safari juga menawarkan kemasukan percuma pada tarikh 10 hingga 11 Mei 2025 kepada semua pengunjung tanpa had umur yang bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Sesetengah aktiviti di Rimba Safari dikenakan bayaran minimum, jadi semak di kaunter pendaftaran untuk info lanjut nanti.
Pengembaraan di Rimba Safari
Rimba Safari menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pelbagai peringkat umur. Berikut adalah beberapa tarikan utama yang perlu anda cuba:
Petting Zoo: Pengunjung berpeluang berinteraksi dengan pelbagai haiwan jinak seperti Arnab, Alpaca, Kuda Mini Falabella, Kambing Kerdil (Pygmy), Tikus Belanda, Ular dan Burung Kakak Tua. Ini adalah pengalaman yang sangat seronok, terutamanya kepada kanak-kanak, kerana mereka boleh menyentuh, memberi makan, dan bermain dengan haiwan-haiwan ini secara langsung.
Safari Insta-Tour: Naiki trak safari dan terokai sendiri keindahan kawasan paya yang kaya dengan biodiversiti. Si kecil bukan saja dapat berseronok, malah dapat mempelajari tentang alam sekitar dengan cara yang menyeronokkan.
Memberi Makan Haiwan: Anda berpeluang untuk memberi makan kepada buaya, itik, kura-kura, gajah dan kuda kil. Pengalaman yang pasti akan jadi kenangan manis!
Menunggang Kuda: Aktiviti menunggang kuda sangat popular di kalangan kanak-kanak. Dengan pengawasan daripada staf yang terlatih, kanak-kanak boleh merasai pengalaman menunggang kuda pony dalam persekitaran yang selamat.

Memancing: Aktiviti memancing di longkang merupakan satu lagi pengalaman menarik yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Anda boleh menggunakan jaring kecil untuk menangkap ikan, menjadikannya aktiviti yang sangat seronok dan nostalgia.

Gabungan Khemah dan BBQ: Nikmati pengalaman luar biasa di Rimba Safari dengan aktiviti gabungan berkhemah, sesi BBQ, dan unggun api dalam suasana alam yang tenang. Pasang khemah atau caravan, nikmati makanan panggang segar sambil berbual dan bersantai di bawah cahaya bintang. Sempurna untuk keluarga atau rakan-rakan yang inginkan hujung minggu yang santai dan bermakna!
Jom rancang hujung minggu anda di Rimba Safari!
Tips Menarik Sebelum Meneroka
Sediakan payung sebelum hujan, pastikan lawatan anda lebih selesa dan menyeronokkan. Jom semak beberapa tip mudah ini!
Datang Awal, Elak Sesak
Nak elak kesesakan? Sebaiknya datang seawal mungkin terutama jika anda bercadang datang ketika hujung minggu atau cuti umum.Pakai Pakaian & Kasut Selesa
Anda akan banyak berjalan, jadi pastikan pakai pakaian yang ringan dan kasut yang sesuai. Topi dan cermin mata hitam pun penting untuk lindungi diri daripada panas terik.Bawa Kipas Tangan
Cuaca di Malaysia sudah semestinya panas dan lembap, kipas mini memang penyelamat!Rancang Aktiviti Si Kecil
Pastikan anda tahu terlebih dahulu zon mana yang hendak diterokai, supaya anak-anak dapat menikmati semua pengalaman dengan maksimum. Hayati keindahan alam dan jangan lupa untuk mengambil gambar sebanyak mungkin sebagai kenangan!
Dengan pelbagai tarikan dan aktiviti yang ditawarkan, Paya Indah Discovery Wetlands – Rimba Safari adalah destinasi ideal untuk percutian singkat yang menyeronokkan dan mendidik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi di glplay.com.my dan ikuti laman media sosial di bawah:
Facebook: GL Play by Gamuda Land | Facebook
Instagram: @glplay.my
WhatsApp: 012-9321811
