Siapa bakal menjadi timbalan Hadi?
Naib presiden PAS, Senator Ustaz Hassan Shukri (
kiri
) adalah calon terbaik untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti, sekiranya rakan sejawatannya Mustafa Ali menolak pencalonan untuk jawatan tersebut.
Ustaz Hassan yang dianggap sebagai rakan seangkatan dengan Mustafa merupakan calon naib presiden yang menerima undi kedua terbanyak selepas Mustafa dalam pemilihan parti yang lalu.
Seorang lagi naib presiden ialah Datuk Dr Hassan Ali, ahli Parlimen Parit Buntar dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung.
Selain jawatan naib presiden, Ustaz Hassan juga adalah pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas Setiausaha Agong PAS.
Dalam pilihanraya umum 1999, PAS Selangor pimpinan beliau berjaya memenangi empat kerusi DUN di Kajang (Dr Shafie), Sungai Besar (Sallehen Mukhyi), Sungai Burung (Datuk Hassan Ali) dan Gombak Setia (Datuk Ismail Kamus).
Selain itu, Hassan juga dianggap sebagai antara golongan ulama dalam parti itu sekarang. Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka disahkan sebagai presiden PAS dalam muktamar parti yang dijadualkan berlangsung Sept ini.

Golongan ulama
Dengan itu, berlaku kekosongan bagi jawatan timbalan presiden yang pada mulanya dikatakan akan diisi oleh Mustafa (
gambar
) selaku pemimpin paling kanan selepas Abdul Hadi dan mursyidur am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Mustafa bagaimanapun dilaporkan menolak pencalonan itu kerana beliau adalah antara beberapa pemimpin PAS yang sebelum ini mendesak supaya pucuk pimpinan parti disandang oleh pemimpin dari golongan ulama.
Kerana menanggap dirinya bukan dari golongan ulama, maka Mustafa keberatan untuk memegang jawatan timbalan presiden, walaupun kalangan ahli dan pemimpin PAS mendesak beliau menerimanya.
Berikutan wujudnya kekosongan bagi jawatan naib presiden parti sekiranya Mustafa atau Hassan (
kanan
) dilantik menjadi timbalan presiden, beberapa tokoh, termasuk dari kalangan pemimpin PAS yang dijangka dicalonkan bagi jawatan tersebut.
Antara yang disebut-sebut ialah setiausaha agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (
gambar
) yang juga merupakan ahli Parlimen PAS bagi kawasan Yan di Kedah.
Beliau yang dilantik oleh allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi setiausaha agung parti itu pada bulan Jun 1999 dan kemudiannya bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Yan dalam pilihanraya umum lalu.
Menulis buku
Bagaimanapun, beberapa lagi calon dijangka turut dicalon bagi jawatan naib presiden antaranya ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli (
kanan
) yang juga merupakan setiausaha politik kepada ketua pembangkang, Abdul Hadi.
Seorang lagi pemimpin muda PAS yang berpotensi dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah seorang lagi ahli jawatankuasa PAS pusat, dan juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Husam Musa.
Husam memang dikenali sebagai seorang ahli Parlimen yang suka menggunakan data dan fakta ketika membahaskan sesuatu perkara di Dewan Rakyat.
Beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mulai bulan Okt 1993 hingga 1999, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku bertajuk "Dokumen Rasmi: BN Khianati Amanah Rakyat" yang mengandungi petikan laporan Ketua Audit Negara mengenai kepincangan dalam pengurusan agensi-agensi kerajaan.
Beliau juga kini sedang menyiapkan sebuah lagi mengenai pengeluaran lesen perjudian mesin slot kepada sebuah syarikat peranginan di Bukit Tinggi, Pahang.
Seorang lagi yang disebut-sebut kemungkinan dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Adun Kajang, Dr Shafie Abu Bakar.
Selaku Adun di kawasan yang sama ramai penduduk Melayu dan bukan Melayu, Dr Shafie yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, telah memperlihatkan kemampuannya memberi perkhidmatan yang cemerlang sebagai wakil rakyat di situ.