Perjuangan Pak Lah baru bermula!
Mengapa perlunya ketiga-tiga naib presiden Umno membuat kenyataan terbuka di hadapan para perwakilan yang mereka tidak akan mencabar siapa juga calon yang akan dipilih oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya?
Jawapannya terkandung dalam ucapan penangguhannya, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam: "Apabila presiden sebut dan nasihat jangan ada pertandingan, kita semua tepuk, tapi yang kuat bertepuk itulah yang mangapi-apikan kita untuk berlawan.
" Tak kurang juga orang yang datang jumpa saya dan kata Datuk lawan Datuk."
Walaupun Najib menyebutnya secara berseluruh, tetapi mesejnya kepada para perwakilan dan barisan Umno, termasuklah Abdullah sendiri adalah cukup jelas.
Kenyataan Najib itu boleh diterjemahkan bahawa tidak semestinya kesemua ahli parti mematuhi nasihat pemimpin, dan wujudnya ahli dan perwakilan yang bersifat 'talam dua muka'.
Oleh itu ikrar pemimpin, dan dalam hubungan ini, ketiga-tiga naib presiden parti, bukan satu jaminan mutlak bahawa calon pilihan Abdullah sebagai timbalannya, hatta kedudukannya sebagai presiden parti, tidak akan dicabar.

Akar umbi
Mungkin juga kerana merasa kebimbangan ianya mejadi kenyataan, seorang lagi naib presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin, juga dalam ucapan penangguhannya, menyarankan supaya siapa juga yang dipilih sebagai timbalan perdana menteri, juga diterima sebagai timbalan presiden Umno.
Apakah Muhyiddin dan Najib serta seorang lagi naib presiden Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebenarnya telah mengetahui apakah reaksi ahli di peringkat akar umbi mengenai perkara itu?
Dan mereka cuba menyampaikan mesej itu kepada pucuk pimpinan parti menerusi ucapan penangguhan masing-masing mereka semalam! Ia mungkin betul ataupun tidak atau sekadar interpretasi penulis sahaja.
Namun, jika diteliti ucapan setiap pemimpin Umno - daripada presiden, timbalan dan naib-naib presidennya, - mereka tidak dapat menyembunyikan rasa kebimbingan masing-masing berhubung perkara itu.
Dr Mahathir menegaskan masih wujud musuh dalam parti, manakala Abdullah menekan ahli mesti mentaati arahan pucuk pimpinan dan naib-naibnya pula berikrar menyokong kepimpinan Abdullah untuk menerajui parti selepas ini.
Para pemerhati politik akan menjadikan ucapan para pemimpin parti persidangan agung sebagai satu saluran penting bagi mereka menyampaikan mesej kepada pemimpin tertinggi parti ataupun kepada para perwakilan.
Kempen
Ucapan Muhyiddin dipenuhi dengan kisah pembabitannya dalam sejarah penting parti dan kerajaan, khususnya isu pindaan Perlembagaan pada awal tahun 80-an berhubung imuniti raja-raja Melayu. Ketika itu beliau menjadi Menteri Besar Johor. Akhirnya pindaan itu berjaya dibuat.
Tidakkah ini boleh dianggap sebagai usaha untuk mengenengah testimoni mengenai sumbangannya kepada parti? Tidak itu dianggap sabagai satu bentuk kempen untuk jawatan timbalan presiden.
Begitu juga dengan Najib yang menegaskan betapa beliau telah diamanahkan dengan pelbagai tugas penting, dan salah satu daripadanya ialah soal keahlian parti.
Menurut Najib keahlian Umno sekarang sudah mencecah melebihi tiga juta orang! Satu pencapaian yang baik.
Tidak ketinggalan ialah Muhd Taib yang turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang telah kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.
Ini telah secara tidak langsung telah mengembalikan ingatan Abdullah dan para perwakilan kepada sumbangan beliau sewaktu menjadi menteri besar Selangor.
Rafidah
Lebih menarik lagi ialah apabila Abdullah dalam ucapan penangguhannya, telah memberitahu para perwakilan - hanya beliau dan Ketua Wanita Umno, Datin Paduka Rafidah Aziz - yang merupakan anggota Kabinet pertama Dr Mahathir pada 1981 yang masih berkhidmat hingga ke hari ini.
Adakah ianya hanya sekadar kenyataan biasa dalam membicarakan liputan sejarah parti, ataupun ada yang tersurat dan tersirat di dalamnya.
Mungkinlah ada sesuatu yang ingin 'dikongsi bersama' oleh Abdullah tentang bakal calon timbalannya?
Ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman juga menarik apabila beliau menimbulkan soal generasi muda Melayu yang semakin tidak menghargai Umno yang menjadi penyumbang utama kepada kejayaan mereka sekarang.
Ini telah mengingatkan ketika beliau menjadi menteri belia dan sukan di mana beliau telah mengilhamkan program Rakan Muda yang ketika itu berjaya menarik minat jutaan belia untuk menyertainya.
Apakah Ghani, yang berminat bertanding kerusi naib presiden, mahu memberitahu pucuk pimpinan dan para perwakilan yang beliau boleh sekali membuat sesuatu untuk menarik remaja Melayu menyokong perjuangan Umno jika diberi memegang jawatan tersebut!
Walaupun banyak yang boleh diungkap daripada ucapan barisan kepimpinan Umno , tetapi kesimpulan menjuruskan kepada hakikat bahawa - Perjuangan Pak Lah baru bermula!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.