Bila Datuk sama Datuk bergaduh...
baru Semua mata kini tertumpu kepada dua Datuk yang tidak asing lagi dalam dunia kewartawan Datuk Zainuddin Maidin (Zam) dan Datuk Kalimullah. Zam adalah Menteri Penerangan yang baru manakala Kalimullah pula merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan New Straits Times Press (NSTP). Kalimullah juga adalah Penasihat Editorial Kumpulan NSTP.
baru Semua mata kini tertumpu kepada dua Datuk yang tidak asing lagi dalam dunia kewartawan Datuk Zainuddin Maidin (Zam) dan Datuk Kalimullah. Zam adalah Menteri Penerangan yang baru manakala Kalimullah pula merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan New Straits Times Press (NSTP). Kalimullah juga adalah Penasihat Editorial Kumpulan NSTP.
Kedua-dua Datuk ini sering mengenali satu sama lain. Kalau Zam mengatakan beliau sudah melalui pelbagai pengalaman naik dan jatuhnya dalam profesyen kewartawannya, saya rasa begitu jugalah halnya dengan Kalimullah.
Zam dan Kalimullah pernah suatu ketika dahulu terpinggir daripada dunia kewartawan dan kemudiannya masing-masing berjaya menapak naik semula dan hampir pada masa yang sama pula dan kini menduduki tempat paling istimewa seorang sebagai menteri manakala seorang lagi menjadi tokoh korporat terkemuka.
Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada Zam dan Kalimullah merupakan 'rakan' ataupu 'seteru'. Namun, kalau kita lihat pada perkembangan kebelakangan ini, pastinya ternyata hubungan mereka tidak rapatd.
Pada hari rombakan kabinet dilakukan di mana Zam dilantik sebagai Menteri Penerangan yang baru, Kalimullah telah menulis dalam kolumnya, mendakwa Zam sewaktu mesyuarat Biro Penerangan Umno sehari sebelumnya telah mempersoalkan tentang beberapa editor NST dan mendesak supaya mereka disingkirkan.
Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengenai perkara tersebut, Zam engan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan,ybeliau tidak mahu melayan "perkara-perkara yang remeh-temeh".
RTM dibabitkan
Tidak lama selepas itu, tercetus kontroversi mengenai penyiaran kartun yang berkaitan dengan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad dalam NST. Zam turut mengkritiknya dan menyifatkan tindakan menyiarkan kartun itu sebagai 'tidak elok'.
Keesokannya, NST dalam penjelasannya, mendakwa ada pihak yang tidak senang dengan NST sengaja memperbesar-besarkan isu tersebut. NST juga menegaskan, kartun tersebut bukanlah lakaran sebenar karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad. Jadi pada pandangan NST, ia tidak melakukan sebarang kesalahan. NST juga menyiarkan semula kartun tersebut bersama penjelasannya pada muka dua akhbar berkenaan.
Selepas itu, NST menerima surat tunjukkan sebab daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Keesokannya NST menyiarkan pemohonan maaf di muka depan akhbar berkenaan. Dan pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tiada sebarang tindakan akan diambil ke atas NST kerana sudah memohon maaf.
Bagaimanpun, perkara tersebut tidak berakhir di situ. Satu isu baru timbul apabila NST, dalam versi internetnya, menyatakan RTM di bawah jagaan Zam, juga turut menyiarkan dalam siaran beritanya, klip video yang memaparkan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad itu.
Klip video itu disiarkan dalam berita Mandarin di TV2 RTM pada 3 Februari. Selepas itu timbulkan desas-desus yang mengatakan klip video yang sama telah terlebih dahulu disiarkan dalam Warta Pagi di TV1 pada hari yang sama.
'Balas dendam'
Berikutan itu, Najib berkata pihak pengurusan RTM akan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Keadaan bertambah menarik, apabila timbul pula cakap-cakap yang mengatakan TV3 dan ntv7 dari kumpulan Media Prima (satu kumpulan dengan NST), juga telah menyiarkan karikatur yang sama.
Jika 'percakaran' antara kedua-dua mereka dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu: Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Tenyata kini percakaran tersebut boleh melewati batas profesionalisme.
Berdasarkan kepada kandungan penjelasan NST berhubung penyiaran kartun tersebut, jelas ia menuding jari kepada individu-individu tertentu yang didakwanya sengaja dibangkitkan isu tersebut untuk menjadikan NST sebagai "sasaran kerana mereka memang sentiasa tidak senang dengan kumpulan akhbar tersebut.'
Malah, ada pihak yang beranggapan Zam mahu menyindir NST apabila beliau mengunjungi wartawan negara Tan Sri Samad Ismail (Pak Samad) selepas dilantik sebagai Menteri Penerangan. Pak Samad pernah menjadi Penasihat Pengarang NSTP jawatan yang disandang oleh Kalimullah sekarang. Bagaimanapun, perkhidmatan Pak Samad ditamatkan apabila Tan Sri Abdullah Ahmad dilantik menerajui kumpulan akhbar tersebut.
Tidak dapat tidak, tindakan NST mengaitkan RTM dalam kontroversi tersebut, akan dianggap sebagai satu tindakan 'membalas dendam' dan menjadikan Zam yang disifatkan oleh NST sebagai seorang wartawan yang paling berpengalaman sebagai sasarannya.
Apabila timbul pula cakap-cakap yang mengatakan TV3 dan ntv7 juga turut menyiarkan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, maka semakin jelaslah duduk perkaranya.
Walaupun nama Datuk A Kadir Jasin juga turut dibabitkan dalam isu NST tersebut, nampaknya Zam dan Kalimullah tetap menjadi tumpuan utamanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.