Rashid Maidin: Berjuang untuk kemerdekaan Malaya (Bhg II)
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, satu gelombang menuntut kemerdekaan oleh tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Selatan telah terbentuk. Rakyat negara kita juga tidak terkecuali daripada kesan gelombang tersebut.
Dalam tahun 1947, di arena antarabangsa, dua persidangan penting Persidangan Parti-Parti Komunis Komanwel (PPKK) dan Persidangan Afro-Asia (PAA) telah diadakan, masing-masing di London dan New Delhi.
PKM telah menghantar tiga orang wakil Rashid Maidin, Wu Tien Wang dan Balan sebagai simbol tiga kaum terbesar di Malaya untuk menghadiri PPKK. Dalam perjalanan Ke London, Pak Rashid teringat kata-kata Raffles dulu: "Di mana-mana sahaja awak pergi, akan ada sahabat kita kalau kita berada di dalam perjuangan yang agung ini!"
Beliau amat terharu tentang betapa raksasa dan mulianya sahabat-sahabat dari pelbagai negara itu, walaupun tidak pernah bersua muka sebelumnya, tapi sudah nyata sehati sejiwa melalui jaringan semangat internasionalisme.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, satu gelombang menuntut kemerdekaan oleh tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Selatan telah terbentuk. Rakyat negara kita juga tidak terkecuali daripada kesan gelombang tersebut.
Dalam tahun 1947, di arena antarabangsa, dua persidangan penting Persidangan Parti-Parti Komunis Komanwel (PPKK) dan Persidangan Afro-Asia (PAA) telah diadakan, masing-masing di London dan New Delhi.
PKM telah menghantar tiga orang wakil Rashid Maidin, Wu Tien Wang dan Balan sebagai simbol tiga kaum terbesar di Malaya untuk menghadiri PPKK. Dalam perjalanan Ke London, Pak Rashid teringat kata-kata Raffles dulu: "Di mana-mana sahaja awak pergi, akan ada sahabat kita kalau kita berada di dalam perjuangan yang agung ini!"
Beliau amat terharu tentang betapa raksasa dan mulianya sahabat-sahabat dari pelbagai negara itu, walaupun tidak pernah bersua muka sebelumnya, tapi sudah nyata sehati sejiwa melalui jaringan semangat internasionalisme.
Semasa di London, dengan tidak disangka-sangka, Tunku Abdul Rahman yang sedang menuntut dalam jurusan undang-undang, telah menghantar seorang wakil untuk menyerahkan sepucuk surat kepada rombongan PKM meminta maaf kerana tidak dapat hadir sebagai pemerhati dalam PPKK dan diharapkan agar persidangan memperolehi kejayaan.
Pak Rashid juga dijemput melalui surat oleh bekas Residen British di Selangor agar meluangkan masa menemuinya bagi bertukar-tukar fikiran berkenaan perkembangan semasa politik di Malaya. Jemputan tersebut telah ditolak.
Kedua-dua kejadian yang tidak disangka-sangka itu menunjukkan pada masa itu, PKM memang merupakan parti yang amat berpengaruh dalam perkembangan politik Malaya, dan disegani oleh kawan dan lawan.
Pak Rashid tidak menjelaskan kenapa peluang untuk "bertukar-tukar fikiran" dengan pegawai penting British itu ditolak. Mungkin rombongan terbabit tiada mandat untuk berbuat demikian. Namun rasanya sayang juga disia-siakan suatu peluang yang baik untuk mengetahui sedikit sebanyak keadaan musuh yang terkenal dengan kelicikan dalam percaturan politik melalui "pertukaran fikiran"!
Isu kemerdekaan
Tidak lama selepas rombongan PPKK pulang, rombongan Dr Burhanuddin Al-Helmy, Abdullah C D dan lain-lain pula, bertolak untuk menghadiri PAA di New Delhi, di mana isu kemerdekaan tanah jajahan di Asia sekali lagi menjadi tumpuan.
Selepas berlangsungnya PPKK dan PAA dengan jayanya, Rashid atas nama PKM dan Dr Burhanuddin atas nama PKMM, telah menjelajahi seluruh Malaya untuk menyampaikan semangat kedua-dua persidangan tersebut kepada rakyat agar semangat kemerdekaan lebih bersemarak lagi.
Mereka disambut dengan meriah sekali di Melaka, Kedah (oleh Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Zahari Taib dll.), Selangor (oleh Melan Abdullah, Mustapha Hussein dll.), Kelantan (oleh Saad Shukri Haji Muda dll.), Terengganu (oleh Cik Muda , Ibrahim Fikri dll.) dan Perak (oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, mudir Sekolah Maahad Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol dll.).
Menurut Pak Rashid, dalam rapat umum atau ceramah yang diadakan, selain daripada rakyat, para Sultan juga turut hadir!
Kerjasama antara PKM dengan PKMM dan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)/Pembela Tanah Air (PETA, pengganti API selepas ia diharamkan oleh penjajah British), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), Hizbul Muslimin dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah menjadi aspirasi seluruh negara tanpa mengira latarbelakang politik, bangsa dan agama.
Namun, selepas penubuhan Umno pada 1946 dalam suasana menentang penubuhan Malayan Union yang bertujuan memansuhkan kedudukan Sultan dan Raja-Raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu, semboyan 'Hidup Melayu' yang bersifat nasionalis sempit telah dilaungkan dan ini bertentangan dengan semboyan 'Merdeka' yang merupakan aspirasi seluruh rakyat dan berkumandang di merata tempat.
Kekuatan politik
Dalam keadaan ini, kekuatan politik Melayu kiri telah menghadapi tindasan penjajah British, mereka bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA); manakala kekuatan politik bukan Melayu pula bernaung di bawah Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
Kekuatan rakyat menuntut kemerdekaan mencapai kemuncaknya apabila PUTERA bergabung dengan AMCJA menjadi PUTERA-AMCJA. Mereka pernah sama-sama melancarkan hartal (mogok) selama seminggu di seluruh negara dengan jaya.
Jelas sekali semangat berkobar-kobar untuk menuntut kemerdekaan negara tidak dapat dipadamkan dengan mudah. Lantaran itu, penjajah British mula menggunakan kaedah kekerasan untuk menindas kebangkitan rakyat dalam menuntut kemerdekaan kelihatan semakin ketara dan menghampiri.
Untuk menghadapi 'penindasan besar-besaran, ganas lagi berdarah' pihak penjajah British, PKM telah mengeluarkan arahan kepada kader-kadernya di dalam pelbagai oraganisasi untuk berundur ke desa dan membuat persiapan untuk melancarkan perjuangan bersenjata.
Pada masa yang sama, iaitu kira-kira pertengahan Jun 1948, kader-kader Melayu telah diarah untuk menghadiri Sekolah Parti Kem Se-Malaya di kawasan hutan Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang sebagai persediaan untuk menubuhkan pasukan gerila di seluruh ceruk rantau tanahair.
Rashid dan Abdullah C D turut serta dalam sekolah tersebut. Selepas selesai segala latihan dan persiapan, Rashid diberikan tugas menyusun pasukan angkatan bersenjata Melayu di kawasan Sungai Manik, Perak. Namun, sebelum tugas ini sempat dijalankan, darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948, dan Rashid adalah antara 5,000 orang yang ditahan.
Lancar mogok
Maka beliau pun merengkok dalam kem tahanan dari 1948 hingga 1952. Beliau ditahan di Kem Tahanan Pulau Jerjak selama setahun setengah bersama 500 tahanan yang lain. Mereka pernah membentuk badan untuk melancarkan mogok lapar, menuntut dibenarkan membeli makanan dari luar dan menerima barang hantaran dari ahli keluarga. Selepas lima hari mogok, mereka mencapai kemenangan.
Selepas itu, beliau dipindah ke Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka yang menempatkan beribu-ribu tahanan, termasuk Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).
Di sini mereka juga melancarkan mogok lapar untuk menuntut diberhentikan paksaan ke atas tahanan untuk memunggah najis dan membina sebuah surau di kem tersebut. Mereka juga menuntut diperbaiki layanan terhadap orang tahanan. Kali ini, selepas tiga hari mogok dilancarkan, pihak kem sudah mengaku kalah.
Membina sebuah surau bisa dikemukakan sebagai salah satu tuntutan pemogokan membuktikan tuduhan yang sering dilemparkan kepada PKM bahawa mereka antiagama padahal tidak berasas.
Bagaimana Rashid dikatakan anti-agama kalau sebuah masjid yang comel cantik telah dibina di Kampung Chulabhorn Patana 11 dan Rashid sendiri setiap hari mengajar al-Quran kepada anak-anak di situ selepas mereka menamatkan perjuangan bersenjata pada Disember 1989. Ramai tokoh komunis Melayu, termasuk Rashid telah menunaikan fardu haji di Tanah Suci Makkah.
Berbalik kepada Kem Tahanan Tanjung Beruas. Dengan menggunakan peluang bekerja di luar dan dengan bantuan seorang budak Cina penggembala lembu, Rashid berjaya melepaskan diri dari kem tersebut. Kejadian itu telah menjadi legenda yang tidak henti-henti diperkatakan orang.
Selepas berjaya bergabung dengan unit penyusun massa rakyat di Melaka, Rashid meminta bertemu Abdullah C D di Rejimen ke-10. Malah, beliau bernazar, selagi tidak berjumpa dengan Rejimen Ke-10, beliau tidak akan mencukur janggut dan jambang!
Selepas satu tahun berjalan dalam hutan, berpindah dari satu unit gerila ke unit gerila yang lain, dan mengatasi seribu satu rintangan dan bahaya, barulah Rashid berjumpa dengan Abdullah C D. Maka beliau pun mencukur jambang yang sudah panjang itu!
Sejak itu, beliau pun sehati sejiwa bersama Rejimen Ke-10. Rashid terbabit dalam pelbagai perancangan dan strategi regimen itu termasuk perpindahan strategik ke utara, memecah pasukan itu kepada dua bagi mengatasi kekurangan bekalan makanan serta bersama-sama menghadapi kepungan dan serangan pihak musuh.
Beliau juga pernah ditugaskan memimpin Unit Cergas atau Pasukan Penggempur ke-15 demi kepentingan organisasi atau perkembangan perjuangan bersenjata.
Demikianlah rapatnya hubungan Rashid dengan Rejimen Ke-10, khasnya dengan Abdullah C D, bekas Pengerusi PKM. (bersambung)
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.