Pemenang Grammy turut tentang pendakwaan aktivis M'sia
Pemuzik dan pengarah filem yang memenangi anugerah berprestij antara 100 seniman, wartawan dan peguam daripada pelbagai pelosok dunia yang menuntut supaya pendakwaan terhadap aktivis Lena Hendry digugurkan.
Pemenang anugerah Grammy dan individu tercalon untuk Anugerah Academy itu terlibat menulis kepada kerajaan Malaysia mengenai perkara itu.
Lena (
gambar
) berdepan pendakwaan di mahkamah esok kerana menayangkan filem
No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka
pada Julai 2013, tanpa kebenaran lembaga penapisan.
Jika disabitkan bersalah, wakil Pusat Komas itu akan berdepan hukuman tiga tahun penjara.
Antara yang menandatangani surat itu termasuk pemenang Grammy Angelique Kidjo, pelakon British Greg Wise dan pemenang Academy Orlando von Einsiedel.
Kumpulan itu mengecam penggunaan Akta Penapisan Filem 2013 terhadap Lena, dengan menyifatkannya mengganggu dan tidak boleh diterima serta memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Jika undang-undang itu dikenakan pada semua, secara teknikalnya rakyat Malaysia boleh dipenjar jika tidak serahkan video perkahwinan atau percutian keluarga kepada badan itu.
“Tetapi realitinya undang-undang itu hanya digunakan untuk penapisan politik,” kata mereka.
No Fire Zone diiktiraf memainkan peranan di peringkat global menceritakan tentang kejahatan perang di Sri Lanka.
Wakil ke Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga menjalankan inkuiri besar terhadap insiden yang menyaksikan ribuan warga Tamil tidak bersalah disembelih.

