Mendakwa Indonesia kini dipenuhi golongan 'munafik' Nikira Mirzani semakin menguatkan tekad berhijrah ke luar negara untuk lebih bebas.
Destinasi dipilih Nikita sejak sekian lama ialah San Francisco di AS.
Mengakui dugaan melanda dirinya ketika ini adalah takdir tuhan yang mahu menjadikannya lebih tabah, Nikita berkata, hidup di Indonesia dirasakan sudah tidak selamat.
"Pada usia 32 tahun ini Niki mahu pindah ke San Francisco kerana di sana Niki berasa lebih bebas.
"Di sini (Indonesia) ada munafik yang tak suka sama Niki tapi asyik memerhati apa yang Niki buat. Niki jadi serba salah," katanya.
Nama pelakon Perempuan-perempuan Liar itu panas sejak 10 Disember lalu selepas dia tertangkap bersama bekas ratu cantik Miss Indonesia 2014 Puty Revina dalam operasi khas polis di sebuah hotel lima bintang di Jakarta.
Nikita dan Puty dilaporkan sudah bersedia melayani nafsu pelanggan masing-masing dalam bilik ketika polis datang dan membuat tangkapan.
'Pelanggan' itu sendiri dilaporkan adalah anggota polis yang menyamar.
A photo posted by NikitaMirzaniMawardi_REAL (@nikitamirzanimawardi) on
Bagaimanapun polis kemudian mendakwa Nikita dan Puty adalah "mangsa" sindiket pelacuran dan sudah mengambil keterangan mereka.
Dua lelaki disyaki bapa ayam sudah ditahan dan disoal siasat.
Kata Nikita sejak ditangkap pada malam Khamis lalu dia kini trauma setiap kali masuk ke hotel.
"Trauma kalau Niki pergi sendirian. Justeru sekarang Niki akan bawa sekurang-kurangnya dua teman kalau ke hotel sebab di Indonesia ini, saksi yang diperlukan (untuk proses perundangan) adalah dua orang," katanya.
Nikita juga menjelaskan, ketika ditangkap dia tidak berpakaian kerana sedang menyalin bajunya yang terkena darah haid.
Sementara itu Nikita ada cara sendiri untuk menghadapi cercaan dilemparkan terhadapnya di media sosial.
Selepas bersabar, hari ini Nikita melepaskan kemarahan dalam posting terbaru di Instagramnya.
Tampil dengan baju kebaya, Nikita 'menyekolahkan' individu yang sering mencercanya.
"Anda semua bercakap tentang zina, dosa dan lain-lain. Kamu semua yang bercakap itu adakah masih perawan?
"Adakah kamu semua pernah lepas daripada dosa? Come on , jangan naif menjadi manusia. Komen boleh, tapi seeloknya cermin diri kamu dulu," tulisnya.
