Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penyanyi filem Kuch Kuch Hota Hai meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 18, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Salah seorang penyanyi yang menyumbangkan suaranya untuk filem pecah panggung Kuch Kuch Hota Hai meninggal dunia di sebuah hospital di India hari ini.

Manpreet Akhtar, 55, menghembus nafas terakhir di Patiala akibat serangan jantung dan pendarahan dalam otak kerana saluran darah pecah.

Dia meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Manpreet dikenali kerana gaya nyanyiannya mengikut cara klasik dan sering dipilih menyampaikan lagu untuk filem Hindi dan Punjabi.

Antara lagu popular pernah dinyanyikan Manpreet ialah Tujhe Yaad Na Meri Aye untuk filem Kuch Kuch Hota Hai.

Manpreet adalah adik kepada seorang lagi penyanyi terkenal Punjabi, Dilshad Akhtar.

Turut menyatakan rasa bersedih atas kematian Manpreet ialah Timbalan Ketua Menteri Punjab, Sukhbir Singh Badal yang mengenang penyanyi itu sebagai artis dihormati dalam industri perfileman India.

Kuch Kuch Hota Hai adalah filem komedi romantik yang mula ditayangkan di India dan United Kingdom pada Oktober 1998.

Menampilkan gandingan pelakon Shahrukh Khan dan Kajol untuk kali keempat, filem itu adalah arahan pertama Karan Johar.

Turut memeriahkan filem itu adalah Rani Mukerji dan Salman Khan.

Selain di India, Kuch Kuch Hota Hai turut menjalani penggambaran di Mauritius dan Scotland.

Lihat Komen
ADS