Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Isteri Depp mengaku salah palsukan dokumen anjing
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 7:50 AM
Dikemaskini: 11:56 PM

Ia cuma pemalsuan dokumen pengisytiharan membabitkan dua anjing peliharaan namun isteri Johnny Depp terpaksa akur dengan undang-undang Australia.

Amber Heard semalam mengaku bersalah atas pertuduhan mahkamah dalam insiden digelar "perang anjing".

Amber didakwa memalsukan dokumen kuarantin bagi mengelak dua anjing peliharaannya - Pistol dan Boo - mengelak prosedur kerajaan yang mahu mengekang penularan penyakit berbahaya.

Dua pertuduhan lain membabitkan perbuatan membawa masuk haiwan secara haram digugurkan di mahkamah di Gold Coast.

Amber bagaimanapun mengaku bersalah atas tuduhan ketiga iaitu memalsukan dokumen.

Saksi berkata Amber tiba di Mahkamah Majistret Southport menaiki limosin hitam.

Stesen penyiaran Australia, ABC melaporkan Amber juga menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu.

Anjing naik jet peribadi

Seramai 12 saksi dipersiapkan untuk memberi keterangan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia termasuk suami Amber, Depp.

Ekoran kejadian tahun lalu itu Amber bersumpah untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke Australia tetapi pasangan suami isteri berkenaan tiba di Gold Coast secara senyap-senyap kelmarin.

Kes itu menarik perhatian dunia apabila menteri pertanian Barnaby Joyce mengancam untuk membunuh anjing Amber kecuali ia dihantar semula ke AS.

Boo dan Pistol tiba di Australlia menaiki pesawat udara peribadi ke Queensland ketika Depp menjalani penggambaran filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales.

Haiwan itu segera dibawa keluar dari Australia sebaik saja kes itu terdedah kepada umum.

Mengikut undang-undang ketat Australia anjing dari AS mesti diisytiharkan dan dikuarantin selama 10 hari bagi mengekang penularan penyakit berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan seseorang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Sementara itu dalam klip videonya Amber berkata dia amat kesal kerana tidak mematuhi undang-undang negara berkenaan.

"Melindungi Australia amat penting. Ia sebuah pulau yang indah dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan orang yang unik.

"Australia bebas daripada kebanyakan penyakit haiwan yang lazim di negara lain. Sebab itulah negara ini mempunyai undang-undang biodiversiti ketat," katanya.

Depp pula berkata, Australia sebuah negara unik, mesra dan berterus terang.

"Apabila anda melanggar undang-undang mereka akan memaklumkannya dengan tegas.

"Apabila anda memasuki Australia buat pengisytiharan segala-galanya," kata Depp.

Lihat Komen
ADS