Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Maksiat: Iktibar band Seventeen korban tsunami - Dusuki
Diterbitkan:  Dec 25, 2018 2:27 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Jika tidak mahu diazab maka umat Islam digesa supaya tidak mengerjakan amalan maksiat, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Tanpa penjelasan lanjut, Ahmad Dusuki membuat hantaran di media sosial dipercayai mengulas tragedi yang menimpa kumpulan pop rock Indonesia, Seventeen ketika Indonesia dilanda tsunami Selat Sunda pada 22 Disember lalu.

“Bayangkan kematian menyentap saat sedang begini?

“Inilah yang terjadi kepada kumpulan rock Seventeen yang sedang membuat persembahan pada malam tsunami menyentap!”

“Angka kematian bencana tsunami di pantai Selat Sunda (di antara kepulauan Sumatera dan Jawa) hingga kini meningkat kepada 150 orang serta mencederakan 600 orang.

“Usahlah melakukan maksiat! Kerana maksiat itu menarik azab,” katanya pada suatu hantaran di Instagram hari ini yang disertai video persembahan itu.

View this post on Instagram

Bayangkan kematian menyentap saat sedang begini?.. inilah yang terjadi kepada kumpulan rock seventeen yang sedang membuat persembahan pada malam tsunami menyentap!!.. angka kematian bencana tsunami di pantai selat sunda (di antara kepulauan sumatera dan jawa) hgga kini meningkat kpd 150 org serta mencederakan 600 orang. Usahlah melakukan maksiat!!! kerana maksiat itu menarik azab... CIMB MATAN CENTRE 8602618497 MAYBANK MATAN CENTRE 562106669048 BIMB MATAN CENTRE- 12038010119044 (MATAN :Maahad Tahfiz An Nabawi) https://www.billplz.com/MATAN2019

A post shared by Ustaz Ahmad Dusuki (@ustazahmaddusuki) on

Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho pada 23 Disember lalu, Seventeen hadir sebagai bintang undangan dalam majlis hari keluarga kakitangan Perusahaan Listrik Negara Indonesia di Tanjung Lesung.

"Tiba-tiba tsunami datang dari balik panggung, tidak ada peringatan atau tanda-tanda," kata Sutopo, petik Kompas.com.

Majlis itu diberi nama Employee Gathering 2018, Unit Induk Transmisi Jawa Barat Bahagian Barat.

Setakat semalam, tsunami itu dilaporkan telah mengorbankan 280 nyawa, lebih 800 orang tercedera dan jumlah korban mungkin bertambah.


BACA BERKAITAN

Band Seventeen dibadai tsunami ketika konsert

Anak Krakatau meletus lagi: Amaran waspada tsunami

Tsunami Selat Sunda: 222 korban, 843 cedera, 28 masih hilang


Anggota Seventeen yang menjadi korban meninggal dunia ialah pemain bass, M Awal Purbani; gitaris Seventeen, Herman Sikumbang, serta pengurus jelajah band, Oki Wijaya. Sementara, drumer Seventeen, Andi, sampai saat ini belum ditemukan. Manakala isteri vokalis Seventeen, Ifan, iaitu Dylan Sahara baru ditemukan semalam.

Jenazah Sahara, isteri Riefian Fajarsyah ( Ifan Seventeen) yang menjadi korban terjangan tsunami di Tanjung Lesung, Banten disemadikan di tanah perkuburan kota Ponorogo, Jawa Timur hari ini. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS