Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Band Seventeen dibadai tsunami ketika konsert
Diterbitkan:  Dec 23, 2018 11:11 AM
Dikemaskini: Dec 25, 2018 6:33 AM

Pemain bass kumpulan pop rock negara jiran, Seventeen, M Awal Purbani atau Bani, terkorban dalam bencana tsunami yang melanda Banten, Indonesia pada malam Sabtu 22 Disember 2018, lapor media di Indonesia.

Setakat ini, vokalis Seventeen, Ifan dilaporkan berkata selain Bani, pengurus tour mereka yang bernama Oki Wijaya juga meninggal dunia.

Difahamkan Seventeen sedang membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, ketika gelombang tsunami membadai lokasi tersebut sekitar jam 9.33 malam tadi, pada waktu Indonesia Barat.

"Kami kehilangan bassis kami, Bani, sama road manager kami Oki"

"Minta ikhlas doanya juga buat Bani sama Mas Oki. Terima kasih, assalamualaikum," katanya pada hantaran di Instragram.

Kompas melaporkan Seventeen membuat pertunjukan sempena majlis sambutan hari keluarga Perusahaan Listrik Nasional Indonesia.

Seventeen telah menghasilkan beberapa album, antaranya iaitu Bintang Terpilih (1999), Sweet Seventeen (2005), Lelaki Hebat (2008), Dunia Yang Indah (2011) & Sang Juara (2013).

 

 

Lihat Komen
ADS