Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Nabila tempelak ibu tiri pasal hari bapa
Diterbitkan:  Jun 17, 2019 2:35 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Kemelut antara Nabila Huda dengan ibu tiri, Norhasniza Hassan atau Norish dilihat masih belum bertemu titik noktah.

Kali ini isu yang mencetus rasa kurang senang masing-masing berkisarkan mengenai sambutan hari bapa.

Pada awal, pelakon drama Dendam Aurora itu memberi ucapan menyentuh jiwa buat bapanya bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan di seluruh dunia semalam.

Antara ucapan Nabila atau lebih mesra disapa Abil itu adalah, dia sering merindukan saat-saat gembira sewaktu bersama bapanya.

“Tak kira berapa jauh, berapa tahun kita tak berjumpa, apa jua keadaan yang kita lalui, Abil nak papa tau, kamu sentiasa berada dalam fikiran. Setiap minit dan setia saat saya akan merindukan kamu, merindukan segala-gala tentang kamu.

“Ketawamu, jenakamu, cara kamu bercakap, masakan kamu cara kamu menerangkan pada saya tentang sesuatu setiap tahun.

“Walaupun waktu yang kita bersama tu kurang,bila ingat semua kenangan, Abil akan senyum sendiri,” katanya melalui Instagram.

Nabila, 34, juga berkata, dia terkilan kerana tidak dapat meluangkan waktu bersama seperti anak-anak lain dengan bapa mereka.

Bagaimanapun, kurang 24 jam selepas hantaran itu dimuat naik Nabila, Norhasniza - melalui akaun Instagram Qasander - membuat kenyataan seolah-olah menyindir aktres terbabit.

Kata Norhaniza, walaupun Amy seorang penyanyi kumpulan rock, penyanyi lagu Bersalah atau Tidak itu tidak pernah meraikan sambutan Hari Bapa.

“Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu dan Hari bapa, dia cakap itu bukan untuk orang Islam dan keluarga dia tak pernah ajar dari kecil, walaupun untuk kejutan hari lahir.

“Dia seorang yang sangat konservatif sikit bab-bab ni tak pernah pun dia ucap pada saya selamat Hari Ibu. dia cakap hari-hari adalah hari ibu dan bapa,” katanya.

Namun, menerusi semakan Malaysiakini sebentar tadi, kenyataan itu dilihat sudah diturunkan daripada Instagram Qasander.

Nabila kemudian menempelak hantaran dimuat naik Norhasniza dengan mendakwa,‘drama’ itulah yang dilalui sepanjang hidupnya bergelar anak Amy atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman itu.

“Sebab tu aku cakap dia ni punca... Dia ada saja... Dia orang kanan yang paling rapat dengan bapak aku. Patutnya kau tak payah lah nak post benda-benda begini..

“Kamu tak akan berubah sampai mampus pun takkan berubah, perlu ke nak cerita pasal rockstar, tak sambut hari ulang tahun lah tak sambut hari bapa lah. Dia tak ucap pada kau lah.

“Macam kau seorang saja beragama Islam, rileks, kenapa buat benda jadi rumit ni @qasander. Aku nak post benda ‘sweet’ untuk bapak aku, biarlah, kau nak sibuk juga,” katanya.

Ini bukan konflik baru yang berlaku antara Nabila dan Norhasniza.

Terdahulu, aktres yang turut popular melalui filem Munafik itu pernah mendakwa sudah tiga tahun dia tidak berpeluang beraya dengan bapanya disebabkan ibu tirinya itu. 

View this post on Instagram

Dear papa, Tak Kira berapa jauh, berapa tahun kite tak berjumpa ,apa jua pun keadaan Yang kite lalui , abil just Nak papa tau, you’re always on my mind. Every single minute and second I will always miss you. I miss everything about you. Your laugh , your jokes , the way you talk , Your cooking ,The way you explain to me the Same thing repeatedly every year.Walaupun waktu yang kite bersama tu kurang ,bila ingat all the memories , abil akan senyum sendiri..You know we never had a chance to spend our time together since I was young. Kite Tak pernah ada peluang like 2 of us travel and buat benda macam Anak and bapak orang lain. Every time I went to my friend’s house, abil jealous nampak relationship dorang dengan their own dad . Abil Nak Peluk papa, hold your hands , dating berdua. I Never Had a chance. I just want you to know that I never blame you or mama because both of you separated and I kena go through hidup yang tak sama macam orang lain. I always adore you ! You’re my idol..You’re the coolest dad that I ever had ! No one can replace you..I know I’m not a good daughter dari mata some orang. I know there’s a lot of people out there kept on talking bad about me. Anak derhaka la,lupa bapak la Itu la Ini lah..I think you know me better, you know what I’m doin.. It doesn’t matter how hard orang cuba Nak jauh kan kite dengan pelbagai drama, you’re always in my heart papa.If you hate me pun , I still love you so much. Because I love you so much, abil korbankan our relationship..Just to make you and other people happy..You’re too old Nak go through same shit , drama here and there in your life..Maybe we don’t belongs to each other cuz banyak sangat rintangan Nak kena lalui.I’ll pray for your happiness papa. Papa dah ada your own family..You deserve to be happy! Abil akan sentiasa tunggu message or call from you..Abil redha mungkin Ini lah jalan Yang Sudah tertulis Untuk hidup kite berdua..Abil sentiasa maafkan papa whatever Yang papa buat abil terasa or buat abil sedih. Abil doa kan papa sentiasa Di berikan kesihatan Yang baik. Abil sayang papa and abil rindu papa sangat.. Happy father’s days Suhaimi bin Abdul Rahman❤

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS