Keletah anak Nad Zainal tarik perhatian Snoop Dogg
Keletah anak comel pelakon Nad Zainal mendapat perhatian Snoop Dogg.
Penyanyi rap terkenal itu memuat naik gambar Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 3 tahun, yang memakai baju memaparkan wajahnya.
Gambar tersebut dimuat naik di laman rasmi Instagram pemilik nama Calvin Cordozar Broadus Jr itu pagi tadi dan setakat ini meraih lebih 39,000 likes.
"Wah Fahad! Dekat IG Snoop Dogg," kata Nad meluahkan keterujaannya di Instagram story dirinya.
Laman Instagram Fahad - yang dipantau Nad sendiri - turut berkongsi hantaran itu diiringi pernyataan terima kasih kepada penyanyi itu.
"Terima kasih Uncle Snoop," katanya.
Lebih menarik, hantaran Snoop Dogg itu mendapat perhatian daripada peminatnya yang memuji kecomelan Fahad dan malah ada yang bertanya di mana mereka boleh membeli baju tersebut.

