Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 29, 2019 1:47 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Pengarah filem dan drama ternama Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam enam pagi tadi.

Pengurus Produksi Pena Creative Pictures, Mohd Syahidan Hassan mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham dipercayai meninggal dunia ketika tidur.

Difahamkan pelakon Shukri Yahya ada datang ke rumahnya dan mengetuk pintu, dan mengambil tindakan menghubungi polis dan bomba apabila ketukannya tidak dijawab.

Antara filem yang pernah dihasilkannya ialah Hati Bukan Kristal, Kayangan dan Lurah Dendam. Arwah juga mengarahkan drama Ariana Rose dan Aurora Aishah, serta Curi-curi Cinta lakonan Zaharah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang ditayangkan di Astro Ria, April lalu.

Menerusi Hati Bukan Kristal, Raja Ahmad Alauddin memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1991.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr Mahadi J Murat, dia mula mengenali Raja Ahmad ketika Allahyarham membuat latihan industri di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kami kemudian ke Jakarta membawa Hati Bukan Kristal untuk program bersama persatuan Karyawan Indonesia.

“Kali terakhir saya ke rumah arwah ialah untuk mengambil bahan untuk buku Sutradara Kontemporari Malaysia. al-Fatihah," katanya. 

Lihat Komen
ADS