Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Adi Putra kesal tawaran berlakon ditarik balik lepas dikatakan 'demand'
Diterbitkan:  Nov 9, 2020 5:52 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Aktor Adi Putra kesal apabila tawaran berlakon yang diberikan ditarik balik selepas dia menuntut bayaran yang tinggi.

Dakwa Adi, tuntutan bayaran berkenaan bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya bertujuan membantu golongan lebih memerlukan.

“Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi (yang memadai). Lepas tu tak jadi, saya (pula) dikatakan demand.

“Kenapa saya buat begitu? Kerana nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya,” katanya di Instagram hari ini.

Kata Adi atau nama sebenarnya Hadi Putera Halim mungkin bukan rezeki untuknya membantu golongan susah kali ini terutama apabila ada pihak tidak memahami hasratnya itu.

“Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu sebab pihak berkenaan tak memahami,” katanya.

Pada masa sama, Adi, 39, berkata, tidak salah sekiranya dia meletakkan harga yang tinggi sekiranya dia berkemampuan untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti.

“Tak salahkan letak gaji tinggi kerana mampu memberi yang kualiti?” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS