Polis belum menetapkan tarikh untuk memanggil pasangan artis yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam majlis persandingan di Genting Highlands pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Bentong Supe­rintenden Zaiham Mohd Kahar berkata mereka telah berhubung dengan kedua-dua artis itu dan menunggu mereka pulang mengerjakan umrah.

“Tunggu mereka pulang dan habiskan tempoh kua­rantin,” dia dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.

Pasangan itu dikatakan berlepas ke Makkah pada 23 Disember lalu.

Sementara itu, Zaiham berkata mereka masih mengenal pasti tetamu termasuk anggota keluarga yang hadir ke majlis tersebut.

Dia juga mendedahkan pasangan itu tidak memaklumkan kepada polis berkenaan program itu.

“Pihak penganjur seharusnya sedia maklum dengan perkara ini. Mereka perlu maklumkan supaya kita boleh pantau dan nasihat jika berlaku pelanggaran SOP.

“Dalam keadaan tertentu, kita masih boleh bagi nasihat. Kalau betul langgar (SOP) baru akan ambil tindakan,” tambah­nya seperti dilaporkan akhbar itu.