Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Merujuk kepada laporan akhbar China Press, Sin Chew Jit Poh dan Oriental Daily yang memetik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, yang diterbitkan hari ini, Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pegawai SPRM menasihatkan beliau agar tidak membuat aduan atas alasan telah memenangi PRU13.

Pihak suruhanjaya telah menyiasat perkara ini dan mempunyai bukti kukuh yang kenyataan media dibuat YB Mohd Rashid adalah tidak benar dan tidak berasas.

SPRM memandang serius tohmahan dan fitnah seumpama ini dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Untuk makluman, SPRM telah mengambil langkah yang sewajarnya selepas menerima aduan daripada tujuh pengadu berhubung isu PRU13 di SPRM Pulau Pinang semalam secara telus dan profesional.

Justeru, pihak media diharap membuat pembetulan ke atas laporan yang disiarkan hari ini demi nama baik pegawai dan kredibiliti SPRM.


AZMI ALIAS pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

ADS