Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyatakan bahawa laporan Malaysiakini yang menyebut Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM, Datuk Mohd Nor bin Abdullah telah mengambil tindakan membersihkan nama Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara dalam ‘insiden mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak tepat sama sekali.

SPRM juga menyangkal kenyataan bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menyatakan pelantikan Datuk Mohd Nor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Aduan adalah satu tindakan 'membalas budi' ekoran pendiriannya ketika

menganggotai panel bebas siasatan tersebut.

Keputusan Panel tersebut secara majoriti tidak mengesyorkan sebarang pendakwaan adalah disebabkan keterangan saksi utama berubah-ubah dan tidak konsisten. Datuk Mohd Nor sebaliknya telah memberi pandangan yang bertentangan dengan dua orang ahli panel lagi iaitu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir bin Sulaiman dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor bin Ahmad.

Pelantikan Datuk Mohd Nor Abdullah mengetuai Jawatankuasa Aduan SPRM adalah atas kapasiti beliau sebagai bekas anggota badan kehakiman dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang perundangan. Pelantikan anggota Jawatankuasa Aduan

dibuat oleh Menteri mengikut Seksyen 15 Akta SPRM 2009.

Dalam hal ini Peguam Negara tidak mempunyai peranan untuk menentukan keanggotaan Jawatankuasa Aduan SPRM. Jawatankuasa Aduan merupakan salah satu daripada lima jawatankuasa bebas dalam SPRM sebagai satu entiti untuk menjamin aspek dan mekanisme

‘check and balance'. Empat jawatankuasa yang lain ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

SPRM berharap tiada lagi dakwaan dan kenyataan tidak berasas berkaitan perjalanan dan fungsi SPRM dan juga kredibiliti anggota kelima-lima jawatankuasa yang dilantik dari semasa

ke semasa. SPRM amat mengalu-alukan kerjasama padu orang ramai dan pemimpin masyarakat agar sama-sama berganding bahu dengan SPRM bagi memerangi jenayah rasuah.


DATO' SRI ABU KASSIM MOHAMED Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

ADS