PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mewajibkan kesemua pembekal supaya menjadi pembekal berdaftar barangan PETRONAS untuk memastikan bahawa pelanggan-pelanggan PETRONAS Mesra menerima produk-produk dan servis yang berkualiti.

PDB sentiasa menyokong usahawan-usahawan tempatan dengan menyediakan platform untuk menjadi rakan niaga PDB di mana usahawan-usahawan ini boleh memohon untuk menjadi pembekal barangan PETRONAS yang sah melalui program Industri Kecil Sederhana (IKS) kami.

Kami amat mengalu-alukan syarikat yang berminat untuk menghantar kertas kerja ke PDB untuk pertimbangan kami.

Untuk keterangan lanjut tentang program IKS ini, sila hubungi Unit Pengurusan Rakan Perniagaan, Jabatan Jualan dan Operasi Perniagaan Runcit, Bahagian Perniagaan Runcit, PDB melalui Mesralink di talian 1 300 88 8181.


Laporan berkaitan: Pengusaha roti kecewa stesen minyak tolak bekalan