Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semua parti pembangkang tidak terkecuali. AMANAH hendaklah sentiasa melakukan perubahan diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

Ini adalah keperluan yang lebih mendesak berbanding menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri.

Ada pemimpin yang menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah.

Ini adalah sikap terbelakang.

AMANAH berpandangan bahawa pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

AMANAH sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan perubahan diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak melakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini.


SALAHUDDIN AYUB timbalan presiden Parti Amanah Negara.

Lihat Komen
ADS