AMANAH: Tak timbul isu pengiktirafan ulama
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan misi pertemuan dan perbincangan dengan tokoh gerakan Islam antarabangsa untuk memposisi peranannya sebagai sebuah parti Islam di peringkat antarabangsa.
AMANAH mahu bersama-sama dengan semua badan dan gerakan antarabangsa memperjuangkan isu keadilan dan kemanusiaan serta menentang kezaliman yang dihadapi masyarakat dunia dewasa ini.
AMANAH telah memberikan komitmen untuk sentiasa menyumbang dan berperanan di dalam mana-mana persidangan antarabangsa sama ada dalam isu kemanusiaan, keadilan mahupun alam sekitar.
Kewajaran kewujudan AMANAH akan dibuktikan melalui peranannya dan kegigihannya dalam memperjuangkan Islam sebagai paksi keadilan dan kerahmatan. Tidak timbul sama sekali isu pengiktirafan oleh mana-mana golongan atau individu.
Oleh yang demikian AMANAH akan terus melebarkan pengaruhnya di peringkat nasional dan antarabangsa, bersesuaian dengan pendekatan Islam yang mempamerkan wajah rahmat untuk semua.
SALAHUDDIN AYUB timbalan presiden AMANAH.

