Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Hospital Melaka mengucapkan terima kasih mengenai aduan yang dikemukakan untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan. Pihak hospital menialankan siasatan terhadap aduan tersebut.

Hasil siasatan mendapati bahawa penghawa dingin di bilik pesakit Wad Aras 4-1 tidak berfungsi kerana mengalami masalah faulty signal iaitu indicator lamp berwarrna oren berkelip dari split unit yang menyebabkan compressor tidak menerima output signal.

lni menyebabkan tiada pertukaran haba berlaku di antara dalaman dan luaran unit tersebut. Julat suhu di bilik berkenaan adalah di antara 25 darjah Celsius hingga 26 darjah Celsius.

Oleh itu, tindakan penambahbaikan serta merta telah dilakukan oleh Syarikat Konsesi yang bertanggungjawab dengan membekalkan kipas angin dan melakukan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan suhu di bilik pesakit berada pada julat yang sesuai.

Setelah penghawa dingin (split) dibaiki, bacaan suhu di bilik tersebut telah mencapai julat suhu antara 19 darjah Celscius hingga 20 darjah Celsius.

Pihak pengurusan hospital amat menghargai setiap aduan yang diberikan oleh pelanggan kami. Aduan yang diterima akan dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan.

Segala kesulitan yang dilalui oleh pesakit dan waris amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Datuk Dr Haji Za’aba Baba

Pengarah, Hospital Melaka


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS