Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sahabat Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaysia (Umany) berasa sedih dengan perletakan jawatan Prof Madya Edmund Terence Gomez yang diterima oleh Universiti Malaya (UM) tanpa mengadakan rundingan dengan beliau. Umany berpendapat, pendirian UM itu bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini.

Pada awalnya, UM telah menyatakan ia amat memerlukan perkhidmatan Gomez, maka permohonannya telah ditolakkan. Walaubagaimanapun, UM tidak mengambil sebarang tindakan untuk berunding dengan beliau dan terus menerima perletakan jawatannya. Pada hakikatnya, ini menunjukkan UM tidak memerlukan perkhidmatan Gomez pada hakikatnya.

Umany mempercayai UM bermuslihat untuk memaksa Gomez meletak jawatan. Gomez telah menjalankan kajian mengenai hubungan antara usahawan dan ahli politik, dan digolongkan sebagai ahli akademik yang anti-kerajaan.

Selain itu, Gomez juga memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Kerja Akademik Universiti Malaya (PKAUM). Gomez merupakan salah satu pihak yang merungsingkan UM.

Umany berpendapat, tindakan UM telah mengasari kebebasan akademik. UM telah menghad kebebasan Gomez untuk menjalankan kajian dan memaksa beliau meletak jawatan kerana sebab politik dan prasangka terhadapnya. Peristiwa ini telah memberi impak terhadap kedudukan UM sebagai 'Universiti Perdana' dan imej UM di peringkat antarabangsa.

Perletakan jawatan Gomez juga telah menyebabkan Malaysia dan UM kehilangan seorang ahli akademik yang cemerlang dan kebaikan yang akan dinikmati selepas Gomez menjalankan kajian di agensi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kekurangan rasa perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh UM akan memberi impak terhadap ahli akademik dan menyebabkan mereka rela tinggal di luar negara atau meninggalkan Malaysia.

Perisitiwa ini bercanggah dengan polisi negara untuk mentranformasikan ekonomi negara kepada k-ekonomi dan menarik pakar Malaysia di luar negara untuk pulang berkhidmat di sini. Umany berharap Gomez akan mencapai kejayaan dalam kajiannya di agensi Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Penulis mewakili Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaysia.

ADS