Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin luahkan kekecewaan saya sebagai rakyat bawahan yang menggaunakan perkhidmatan tambang murah AirAsia. Seperti diketahui semua terminal tambang murah akan mula beroperasi mulai Mac 23.

Seperti yang dinyatakan dalam laman webnya : "The LCC terminal is specifically designed to suit the Low Cost Carrier (LCC) business model where it would have no travellators, escalators and aerobridges".

Walaubagaimanapun, cukai lapangan terbang yang dikenakan terhadap penunmpang adalah sama sepertimana mereka yang menggunakan penerbangan tambang mahal walaupun kemudahan yang disediakan kurang sepertimana mereka yang menggunakan "penerbangan tambang mahal".

Dimanakah keadilan bagi rakyat bawahan ini? Kami terpaksa membayar cukai yang sama tapi dengan kemudahan yang kurang. Adakah kami ini perlu membayar untuk kemudahan yang digunakan oleh mereka yang membayar tiket pada harga yang tinggi?

Apakah pula jaminan kepada mereka yang uzur untuk mendapat kemudahan yang sama seperti penumpang-penumpang penerbangan lain walaupun membayar cukai yang sama?


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS