Saya terpanggil untuk memberi komen berkenaan cadangan projek keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Pertama sekali tahniah kepada perdana menteri kerana menegaskan kelulusan hanya akan diberi selepas satu kajian menyeluruh dilakukan dan pendapat rakyat diambilkira

Pada pendapat saya lebih baik projek membabitkan Singapura ini dielakkan supaya tidak bertambah masalah tertunggak antara kedua-dua negara.

Justeru itu pada pandangan peribadi saya, banyak implikasi yang kurang baik tersirat untuk Malaysia di sebalik projek ini.

Saya berpendapat projek ini boleh menjejaskan KLIA dan dalam jangka masa panjang mungkin boleh mengugat ekonomi negara.

Adakah ada tangan luar yang tersembunyi mahu mengheret Malaysia ke dalam masalah baru dan menambah rumitkan lagi hubungan antara Malaysia dan Singapura?

Tidakkah Singapura akan mengenakan pelbagai syarat yang bukan-bukan kononya untuk faedah kedua-dua negara?

Adalah lebih baik kalau projek keretapi laju dibuat antara KL-Johor Bharu-Pulau Pinang dan lain-lain tempat dalam Malaysia. Jengah dahulu kepentingan dalam negara sebelum 'memakmurkan' Singapura.

Kerajaan harus tumpukan masa memakmurkan negara sendiri daripada membuang masa berunding dengan sesuatu yang tidak menampakkan cahaya di hujung terowong.